Sunday, 14 July 2013

Iftar dengan Kek Pisang Marble mudah je ...:)

Kek Pisang Marble for our Day 1 iftar..
Day 1 jela ingat nak snap gambar...pastu the next dayss..hmm ke laut.
Tak sempat..
Tapi Day 5 ingat balik.. hehehe


Very simple recipe.. 
Recipe yang I cuba harusss simple and mudah.. kurang aktiviti basuh membasuh and risiko kegagalan.. bahan yang "pronounceble" and sedap!!
yang ni menepati kot, those criteria listed.. sebab just assemble the ingredients and blender saje. 

i got the recipe from the baking guru Puan Azlita. Dia dah keluar buku masak dah dengan MPH.
The recipe From here..
 and i copied for my easier future reference..:P

KEK PISANG MARBLE SUSU
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar 
4 biji pisang yang ranum (medium saiz pisang)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang ( i tak letak, takde pun)
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko 



Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati 
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc 
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai


My marble macam agak "tembam" disitu..



Okay .. untuk tujuan bergambar je. Sila tunggu azan berbuka.



Menu for Day 1 Iftar. 
Macam dah nak raya kan... Ambil feel sikit.
sebab i ada stok kuah sate yang agak banyak from my MIL.
(kebetulan baru balik kg the weekend before)
and my nasi impit segera dah berusia 1 year (tahun islam ye).. from last year's Ramadhan.
barula kelam kabut nak pakai kan.. haha
and kuah lodeh.. sangat senang nak buat..

Yang kuning tu.. nasi ayam the kids yang tak berpuasa tu ..dengan sup sayur diaorg. 
bila ada balance macam ni, mak bapak la yang kena abiskan.
Ayamnye..?
awal-awal dah Kiss abiskan..



ps- Aurora Collagen, Aurora Slim, Aurora Sx dan Dara. dpatkan Harga diskaun disini...



No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...