Friday 29 August 2014

BABIES BLINK 5 IN 1 + KRIM IBU PUTIH JANNA LAWA AMAZING COMBO..AMAZING PRICE !!



Salam..

Korang... nak Skincare tak??

Semenjak lebih setahun jual online ni..ramai juga dok tanya2..
k.fiza tak jual skincare ke?..senang kita amik sekali..
skincare takde ke kak??
mostly dah banyak loyal ksatemer yang repeat order ..so senang nak beli sekali gitu
(sayang uolss) 

Pening juga nak pilih skincare yang nak jual ni..
Saya kalau boleh nak jual produk yang  penuhi kriteria saya macam
kesan memang bagus seperti diuar-uarkan, ada KKM adalah wajib.. produk 100% Bumiputra dan harga berpatutan lah kan. takmo la mahai-mahai .. n tak mudarat

Lama juga survey ni.. and lepas tanya few kawan-kawan..  tengok testimoni pon. WOWW sangat..gugel sana sini..
tanya yang dah pakai..
dan produk ni dah lama juga.. and berkembang maju 
So..lets try..
Haishh...nak jual pun macam khidmat masyarakat juga tau.. pada sayalah.
tak nak lah jual barang tak tentu..asal UNtung..nehi sangat.

So lets study produk ni sama-sama
Sempena First timer jual skincare ni.. bagi harga DISKAUN ye..

Pasaran - RM95 
MY PRICE - RM60 sahaja
(termasuk Pos Laju SJUNG)

Price ni PROMO PENGENALAN!! 

Fiza-0196428422




Set terbaru yg ada penambahan toner dalam satu set !!! kesan pengunaan babies blink mmg seawal 24 jam ia dpt mengecilkan pori2 muka,mencerahkan 17x ganda dari agent pemutih!!!membantutkan naik jerawat,matikan jerawat,menghilangkan jeragat serta melembapkan kulit dan mengimbangkan minyak berlebihan!!!cepat2 kesan seawal 24 jammmm!!

dONT WORRY HANYA ORIGINAL SAHAJA I JUAL..OK!!!



BABIES BLINK 5 in 1 mempunyai 5 item 


-: sabun glutacol soap
-: serum whitening 
-: toner whitening perfect
-: night cream 
-: day cream 

Set 5 in 1 n dah lengkap.. pakai atleast 2x sehari. pagi n malam.
dulu ada jual asing serum.. so set kali ni berbaloi ambil.
Tak payah nak pikir nak add on apa2 lagi.

KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINK
-mengecilkan pori2 wajah
-mencerahkan 17x ganda dari agent pemutih
-menjadikan kulit cerah + pinkish
-melicinkan kulit secara maximum
-membantutkan kenaikan jerawat baru




-membantutkan pertumbuhan jerawat
-menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantng pada jenis jeragat
-melembapkan kulit seperti chewing gum
-mengimbangkan minyak berlebihan

KELEBIHAN SAMPINGAN PRODUK BABIES BLINK 5 in 1 

**TIADA PENGELUPASAN
**TIADA BAHAN2 TERLARANG!
**PRODUK BUMIPUTRA
**1SET PENGGUNAAN 1 BULAN LEBIH KE 2 BULAN




ADA KESAN SAMPINGAN?
**JAWAPAN TIDAK

BERAPA LAMA KESAN DIPEROLEHI?1HARI 1MINGGU 2 MINGGU?

**KESAN SEAWAL 24JAM SEHINGGA 1BULAN . MAXIMUM RESULT KONSISTEN 3 BULAN PENGGUNAAN. INI BUKAN MAGIC .KESAN AKAN DIPEROLEHI SECARA BERPERINGKAT. UNTUK PENCERAHAN BERGANTUNG PADA TONA KULIT ANDA.






Pasaran - RM95 

MY PRICE - RM70 sahaja
(termasuk Pos Laju SJUNG)

Price ni PROMO PENGENALAN!! 

Fiza-0196428422

Okayy..
Ready stock tau..
Sapa nak dengan price promo ni..
cepat-cepat text ...

ohhh..

Sapa nak COMBO dengan  
KRIM IBU PUTIH JANNA LAWA 
pun boleh,



Belian COMBO BAbies Blink 5 in 1 + Krim Pati IBU JANNA LAWA 
Hanya RM145 sahaja INC POS LAJU SJUNG.

(Promo Price  ..limited time)

PATI IBUPUTIH CANDYLICIOUS SUPPLIMENT
(Suppliment untuk memutih, mencerah, menggebu, menyekatakan tona kulit, menghilangkan jerawat & pigmentasi, memudarkan parut, menegang & menganjalkan kulit, menghilang bintik2 hitam dll)

•10X kesan pemutihan;
•Sesuai untuk lelaki & wanita;
•Hanya masukkan 1 scoop di bawah lidah;
•Untuk kesan maksimum amalkan 1-3 scoop sehari semasa perut kosong;
•Anti kanser;


KRIM IBU PUTIH JANNA LAWA Ni kalau jual SOLO RM70
baNyak tau 35gm
Pakai secolek sahaja.. tahan lama
Ambil secolek hujung jari .. MIX dengan pelembap siang or malam
sapu ke muka..

Alang-alang nak mulakan hidup baru dengan wajah tanpa cela ..
Meh try Krim IBU PUTIH JANNA LAWA.
ok...



Nak beli single-single pun boleh..

okayyyyy...PM Tau.

Terima Kasih banyak!!!!

Sunday 24 August 2014

Terengganu Kita!!

Salam...

Ni cerita basiiii la juga
Tapi nak juga tempek kat sini...kenangan katakan
Kejadian adalah sebelum puasa kot.
Kisahnya pergi Terengganu... sebab ada wedding dua pupu.. merangkap bawa perents pun ye.
sebulan sebelum wedding my parents dah bagitahu..
IF nak pergi.. mak nak ikut..
biar mak tanggung duit hotel n tambang...alololo..
Jomla... tak payah la bayar mak pak..huuu
Kami pun suka berjalan ni...

Dulu masa Atuk kuat nak driving satu Sjung Msia dia bawa kami adik beradik ronda..
Berjam-jam drive takde masalah..
Now... setakat ke Kuala Lumpur je la melawat cucu..
Tu pun kira okayy sangatla tu. He is 70 this year now

Sapa yang terlebih excited ni..
Tak caya tengokla budak berdua ...memang happy sangat if pi hotel
Tak judge pun hotel camana..di mana..janji Hotel gitu..



Btw.. masa tu cuti sekolah.. Opah confirm tarikh wedding pun 2 minggu sebelum date.
Jenuh lah juga mencarik Hotel semua fully book..Homestay pun
Kalau boleh nak cari homestay je ke apa..
sebab my brother sekeluarga pun join datang juga..
Tapi abisss..
Kira banyak juga la number yang i ctct..
Lastly settle dengan GRAND PUTERI HOTEL..
tu pun nasib baik dapat melalui Asia Room
Yang last..elok i confirm booking...terus SOLD OUT u..


Atas tadi bilik kitaorang..yang single beds ni bilik Atuk n Opah. Kecil je biliknya..tapi just nice.
Dapat pulak connecting room dengan Opah..
So meriah la...
Lagi satu bilik utk cousins KIss kat atas..



Sampai tengahri Jumaat..Just nice sebelum Solat Jumaat..
Masjid pula few metres away from Hotel..sempatla Hubby, my brother n Atuk pi Solat..
Dapat early Check in even check in lama gilaaa... baru kerja ke apa..tak tau. Check out pun lama.
ntah apa ditekan-tekan nya keyboard computer tu tak tau..

Sebab kejar time Solat..so kami direct dari KL lepas Sarapan ke KT.
Sampai Hotel..order Room Service..sebab kids dah lapar..
Tapi kena tunggu abis solat juga baru sampai hidangan..sebab semua Chef adalah Lelaki
So order Fries dulu..Fries boleh hantar cepat..sebab goreng je kot.
Atas tu Nasi goreng Kampung dan Fish & Chips..
Rasa dia...emmmm biasa je..bolehla..

Pastu rehat

Rehat pon tak berapa..bilik dah gegak gempita sebab Kiss n Fakhry reunite with their cousins..


Malam makan dinner kat Pulau Duyong..
Kawan la cakap sedap..tapi kedai yang nak pergi tu tutup pulak.
So settle dengan yang ni
Steamboat


The Next Day 
Adalah hari kenduri..tapi kenduri tengahari ye.. 
so, pagi tu sempatla kami berjemaah ke Pasar Payang
Membeli belah seadanya..hehe
Tu gambar Kiss first time tengok Telur Penyu..
Tak beli..takut nak makan... 

Rembat barang standard...baju kelawar, batik untuk baju krung, kain batik, T-shirt kids..Keropok dan Serunding.. etc etc

Yang bestnya dok Grand Puteri ni..semua walking distance..Ke pasar Payang..McD, KFC, Masjid
n kedai emassss pun banyak...hahahaha


KIss nak soft toy penyu...rugi beli kat sini..bahagian luar pasar payang..
sebab kat dalam separuh harga tau dari harga yang i bayar utk penyu tu..
even Fridge magnet pun beli kat sini almost double the price.
So better beli la kat dalam ye pasar payang yang ancient tu..heeeee


 Blur eh...Ni tunggu atuk baru kuar Fitting Room..beli baju Batik

Lepas tu pi kenduri..Dekat jugalah,,kat Mengabang Telipot
Gambar kenduri tak amik pun..sebabnya ..Ada orang Mengamuk okayyy

Sebab kan si kecik ni amat marah pi kenduri n memekik sepanjang sesi..
Atuk suruh balik dulu..
Muka ai pun dah panas ...segan weh..
Fakhry nangis..sebab tengahari tu time tidur dia..huuu

Sempatla mandi kolam 
Ohh..First time pi hotel kolam mandi asing-asing laki pompuan ye
Ada dinding tinggi tembok pemisah gitu..
Mula mmgla asing mandi..pastu dah lama takde orang jaga..
tengok semua dah termix..yela..mostly semua anak laki pompuan..
terpaksala yamg budak2 pompuan ni ikut ke kolam lelaki,, 
Kolam dalam ye..takde kanak-kanak /wading pool

sebab tu Kiss kena guna pelampung



Petang...ke Pantai Batu Buruk..
Lama tak pergi..dah lain sangat.



Ambil kesempatan..angin kuat gila di perairan Laut China Selatan ni.. So..jom kita main layang-layang
Lets Fly the kite..!

Rupanya..papa masa kecik tak pernah main layang-layang.. That was his first time..haha
Thats explain why most of the pictures dia yang overrrrrr
Tak mampu nak letak sini


The next day..

Nak balik dah... After checkout dalam pukul 10-11 macam tu..otw back we all singgah  Taman Tamadun Islam

Yang ada miniature masjid -masjid yg bersejarah seluruh dunia.tu kan..
Panasla sikit pi tengahari kan.. tapi cepat2 la masuk kat dalam masjid yang ada exhibition room..
bolehla tumpang aircond..keringkan peluh sikittt.

kami naik tram je..sorang RM5..hop on hop off gitu. ada few transport lagi..bicycle la..apela..
ada list price kat gambar bawah2 sikit..



Riding on the tram
Tak perasan tergaris line hitam.. pada muka hubby..masa crop gambar gamaknya..
bantaiii la..buka muka kita...


Nampak ke...??? Harga tiket tak ingat langsung...hahaha
Yang ingat warga emas n kanak-kanak ada diskaun.

Lepas lawatan sambil belajar ni we had lunch inside juga.. 
Sebelah Taman Tamadun Islam tu Masjid Kristal.
And nearby situ juga Muzium Negeri...cantik
Tapi tak sempatlah singgah..sebab nak balik KL dah.
If stay 3 malam sempatla..



They were bestfriends during this trip...
Luqman n Kiss... kecik2 dulu selang 5 minit gaduh..now dah sekepala sikit.
oh..kiss pakai baju tidur kelawar baru beli malam tu..
macam besar sangat tengok dia pakai baju kelawar..
Hubby siap cakap..tak sangka anak dia dah besar..
Tak pernah belikan sebelum ni.

Tengok kiut je both ada penyu.. satu biru satu pink..
malam tu dua-dua tidur peluk penyu asing-masing..Alolo.
Berhimpit both of them tidur bili Atuk n Opah.



okayyyy ...lastly..gambar masa hari kenduri.
Actually masa nak sampai tu dia baru terlelap...
then sampai pulak rumah orang..
baru nak lelap dah terjaga..
Tu yang tunjuk perasaan habis-habisan
Habis segala cara pujuk tak jalan...
Maka balik awal la kami...ehehehe

okayy tu je... serba ringkas ke terengganu ritu..
Byeeeee.

Monday 11 August 2014

RAYA 2014



Salam..
Raya kali ni sikit betul amik gambar..takde sesi photoshoot betul2 utk kids..
haha..bantaiilah.
Mostly semua pakai purple tahun ni..
Us.. emerald green+teal+turqoisee
Mix sangat.. sebab cari baju raya seminggu sebelum raya..
Last minute sangat...
Apa yang ada jelah.. berkenan sikit-sikit pun terpaksa beli.
Tahun depan nak prepare elok-elok sikit..cewahhh.

Kemain Opah senyum kann
Atuk tak balik-balik lepas solat raya...so.. gambar dia langsung takde.
Dia pi beraya terus ngan geng ke apa...ta ingat


Tapi nampak cantik pulak KIss pakai warna ni.. Her choice nak peplum tu..
Ikutkan jelah..
Oh..Fakhry tak bagi kerjasama langsung semasa sesi bergambar.. jenuh pegang.




Tak tahulah style apa ni....
Yang sorang siap bertorch light lagi...
Abis bergaya la ni..


Selain hidang lemang n friends..kuih raya jangan dilupakan..
Tahun ni ada suppllier kek lapis Sarawak...sebab Acu dah jadi orang sana.
Kuih ni semua himpunan semua orang bawak balik sikit-sikit.
First time raya aidilfitri oven mak i tak berasap buat biskut or kek raya..
Seingat i..setiap tahun mesti mak ada buat sendiri..takde geng la ni
 of course la I bila dah kawen ni buat kat rumah sendiri..



Tetamu pertama.... cucu sendiri juga yang menghabiskan.. hahaha


Opah baru balik Solat Aidilfitri.. Nampak Fakhry naik basikal terbalik.

Baju raya Fakhry ni pun last minute..nasib baik elok je saiz dia utk 3 years.
Fakhry susah gila makan sepanjang cuti raya ni... eiii.. stress tau.
Very-very incredibly fussy boy!! Argghhh

Percaya tak..setakat ni sahaja i pegang camera.. lepas tu bungkus sampai malam ye..
Mula lepas tu bersiap-siap nak pergi rumah mak sedara n all..tapi baru masuk kereta rumah dah diserang dengan kawan-kawan Atuk..
So, keluar balik kereta..tolong-tolong apa yang patut...
Sampai ke petang tetamu bersilih ganti..
Sinsing baju lah jawabnya...
Fakhry pun dah tertidur...
So..sampai ke petang lepas Asar baru keluar kejap gi umah pak sedara..
Sebab if nak tunggu esok macam malas pulak..
Pergila ..dengan baju raya yang dah ronyok2 n masam ..kah kah..
rugi tak amik gambar kat sana..
Rumah tu klasik sangat..
Sure cantik jadi backdrop raya kan..
Sikit gila gambar raya tahun ni...HUWAAAA..

 Ni gambar Sarapan pagi Raya Ke-2
Dah ada orang jual Nasi Lemak tu..
Mula nak cari roti canai.. tapi mamak semua cuti beraya lagi kat sini.
Settle dengan Nasik Lemak..

Hari tu pergi Ipoh.. My untie's house. 
Ntah kenapa i tak amik gambar bebudak ni pakai baju raya ke2
Memory lost betul..
Fakhry buat hal betul..taknak masuk rumah orang.. huhu
Dah lama dok luar baru nak masuk macam tu...
Menci..tak amik gambar raya ke2..
HUWAAA....lagi

Hari raya ke2 tu mak i masak Nasi Daging...
Petang tu..i masak Spaghetti Bolognese..


Sarapan Raya Ke3. Opah masak Nasi Lemak..
Yang brown tu lebihan nasi daging semalam..kang korang pening nasik lemak warna tu.
Hari ni semua beransur -ansur nak balik..kampung lagi satu.
i pon nak balik kampung hubby...tapi petang,
Pagi ni dah sibuk bungkus barang... Kastemer dah mula order balik.
Hari ni pos Laju dah buka.. so.. kira i dah start kerja.hahah
Korang punya pasal... no problem!!


Raya ke3.. kami panggil dress ini ders Princess Elsa-Frozen



Ni gambar raya Ke-4 dah.. Gambar Kiss kat rumah Onyang. Kiss ada nenek moyang lagi..
My Hubby's Opah... masih ada. So lucky of him..
Btw Hubby dibesarkan oleh Opah n Atuk dia since he was born till sekolah rendah kot.
Thats why la kot... dia selalu ketinggalan keretapi sikit in term of everything.
Baru ni... her sister bersalin sebelum raya..namakan anak sama dengan Fakhry sebab Tuk n Wan n his unty uncle semua cakap tak ingat nama Fakhry apa..padahal cucu ke2. tapi rasanya buat-buat tak ingat..sebab sblm ni salalu je dengar tuk nya panggil nama penuh.
.
Siann anak i.. begitu tak penting.
redha je lah..yang penting Fakhry n Kiss penting di hati mama n papa selamanya...


My Fakhry Darwish.. now dah ada another Darwish in family.. and i'm not allowed to call him Darwish bila balik sana nanti..nanti cucu baru konfius gitu...Gulp.
Takpe... balik sesekali.. so lepas tu boleh la panggil balik..
tapi..i terasa sikiiitlahhh..tipula hati kebal sangat..
but.. i will survive ...Insya Allah. Kenalah sedar diri..hohooooo.


Kiss jumpa balang kerepek pisang di rumah Onyang... Terus peluk tak kasi orang share..
Onyang Kiss dah uzur.. tapi mujur ada hubby's untie yang duduk sekali n take care.
Rugi i tak amik gambar Kiss dengan Onyang..n overall house dari luar.
Disitu la hubby dibesarkan..dengan Atuk n Opahnya..
Opah suka la bila Hubby datang... 

 Fakhry malu-malu kucing... tak nak angkat muka kat rumah tak biasa..haishh

No picture please..!!
 Ni gambar kat Jeti Bagan Datoh.. Tempat pertemuan sungai dan Laut.
Its Amazing tengok air sungai laju dan deras menuju ke laut.. 
Lalu bertukar jadi air masin..
N tak pernah sekali pun air laut termasuk pula ke sungai kan..
Subhanallah.. 


I said NO PICTURE PLEASE!!!!

Dengan their untie n cousin... muda setahun dari Fakhry..tapi sama besar. haduiii.
Tu la Fakhry tak nak makan...eiiii


Kampung Nelayan



Nak balik ke darat..kena lalu jambatan kecil ni.panjang juga..
Seronok nyakat kiss..sebab dia gayat.
I asyikla cakap..Kiss kalau nak mandi.. mama tunggu sini.hahaha.
Kemain takut dia.. tak nak mandi.

okaylah...esoknya dah balik kl. Habisla operasai Raya di kampung.
Sambung kat Kolumpo pulak..
Tunggu Open house..

Yang pasti berat badan naik bertan-tan...
n gambar raya sikit gila..
N tragedi raya..KISAH nAMA...ehem..









Sunday 10 August 2014

Sehari Dua Sebelum RayA!!

Salam

Tahun ni sebelum raya macam short sangat.. maybe sebab isnin dah raya kan.. n Jumaat masih sekolah.
Selalu raya macam tengah minggu..
Tu pun .. kitaorang telah memontengkan Kiss on the last day tu. tadika lagi..takpelah.Tahun depan dah Darjah 1 payah la sikit kan.. Subuh Jumaat dah balik..
Sahur kat RnR Rawang..
Takut memikirkan jem.. sebab confirm semua akan balik petang jumaat after work dan berlarutan hari Sabtu.. memang ye pun. sana sini baca update pasal jem..
Fuhhh...

Fakhry otw balik kampung
Ni tertidur kekenyangan ni dalam kereta...sebab beriya dia makan nasi lemak kat RnR Rawang masa we all bersahur. Dekat setengah pinggan.. Pastu masuk kereta sambung tidur balik.
haha.. tak puasa pun.

Okay..lepas ni gambar makanan je pun.. 


Ni gambar berbuka 2 hari sebelum raya..Masa ni semua dah balik. So.. agak banyak makanan disitu. Laksa Kuale pun dah jadi macam menu wajib.. buka puasa makan laksa... mak i masak mee bandung saja haritu. Lain semua param. Popia basah Kuala memangla terbaik setakat ni..
kat KL tak jumpa lagi yang sedap .. Yang tinggi tu dalam daun pisang tu kuih... argghhh memory lost betul.. tapi kat kuala je ada. isi dalam manis.. Macam kuih sampan or Limas tapi lain sikit..pon sedap.


Kuih limas or sampan kat kampung memangla besar-besar belaka.. warna hijau pun dari pandan.
tak pakai pewarna tiruan.. tapi tetap murah dari rege kuih sampan kota metropolitan itu..
Yang hitam tu cekodok ye puan-puan.. kiki

Sup Ketam
Sup Ketam ni opah masak untuk cucu-cucunya yang tak berpuasa yang pulang beraya memeriahkan suasana.Ni gambar sebelum masak.

Simple gila.. basuh ketam.. campak daun kunyit yang ditanam tepi rumah..rebus.
SIAP!!
Garam..of course.

Rendang Ayam Pencen
 Tahun ni Rendang ayam..adalah dari suku ayam pencen.. dapat supply dari bapak saudara. 5ekor tak silap.. Ni halfway masak..
Rendang Paru Cili Padi
 Ni ..menu WAJIB raya..takde tak meriah. Orang kuala kangsar panggil Rendang Telampung. Orang Kay El panggil Paru kan.. Favourite sangat..oh my.. tapi masih tak salin resepi dari mak.
Yang beza dari rendang pedas biasa, from my observation lah kan.. cili giling tukar pada cili padi hijau.. daun kunyit yang biasa diracik halus dalam rendang pedas tukar pada daun limau purut. Yang lain sama... tapi sedap weh..of course air tangan pun memainkan peranan ni..
tu yang tak dapek nak masak sendiri tu..

Ayam Bakar
 Hmm...takde gambar selepas masak...sebab agak sedikit garinggggg disitu.

Bakar Lemang
Tahun ni Fakhry sorang je tolong papa n Pak Long bakar lemang..keh keh.
Risau gila..sebab banyak cubaan dia nak pi usik buluh lemang tu..
Lepas sesi bergambar terus.. ajak masuk..
Janji... FAKHRY DARWISH WAS HERE..gitu. hahaha

 Wajah-wajah cucu Atuk Opah.. ni masa tengah baik kita ambil gambar. masa bercakaran terus simpan kamera.. biar memori indah2 saja kita simpan ye tak...



Kat belakang rumah...sementara tunggu lemang masak.. even asik kena jerit masuk rumah sebab kat luar panas terik.. tapi diaorang semua ada kemahiran "ignorance" yang sangat tinggi.

Mana cat ni..???
Fakhry kehulu kehilir bawak botol makanan kucing ni.. Cari kucing nak dibaginya makan.
Kucing pun dah naik seram nak keluar.. Sampai senak perut kucing atuk kena paksa makan dek si kecik ni..  kalau tak abis..dia sampai nak suap ke mulut kucing tu.. 
Sedangkan dia sendiri payah nak makan...
ada hati paksa kucing makan..


Yang ni Pun kelakar juga..selepas beberapa kali cubaan Fakhry bagi anak kucing ni makan tak berjaya.. bersungguh-sungguh dia suruh abang2 sepupunya tolong bagi.. dia yang baju hijau belakang tu.. boleh pulak bebudak ni menurut perintah.
I cakap..kucing tu kecik lagi..cuma minum susu mamanya.. tak pecaya..
So.. kita peratiii jeleh..diaorang diskas STRATERGI..hmm

Lemang home made...
 Lemang panas..baru masak untuk berbuka puasa hari terakhir.. yeay..Best tau makan lemang masak sendiri. Lain feelnya... Syukur..masih dapat makan lemang atuk n opah..Alhamdulillah.
So far memang tak pernah beli lagi lemang...

Kuah Kacang
Kuah kacang yang siap dimasak a few minutes sebelum berbuka.. 
Untuk dipadankan dengan lemang dan rendang...
Rindu pulak kat lemang dan rendang...caner ni..?


Sempat lagi kuih dari PARAM menyelit..
Yang daun pisang bulat tu kuih apam.. Besar pinggan..
Rasanya Apam ni pun hanya dijual di Kuala Kangsar je..
memang original sangat kuih Kuala ni..


Aktiviti WAJIB ni...Perkara yang paling dinanti-nantikan oleh kids. Main bunga api..
Sampai tak cukup...kena catu..sorang berapa..kena kira betul2 biar adil dan seksama.
padahal ada je lagi..dalam rumah bunga api..tapi kena simpan untuk malam esok kan..
Fakhry la yang paling dirisaukan sekali.. sebab dia excited terlebih..nak test pegang bunga api tang api itself...
Panjut a.k.a Pelita
 Tahun ni rumah atuk ada panjut.. Orang sekarang panggil pelita.. 
Baru meriah..

Rumah Atuk Opah
Sesekali semua berkumpul meriah lah rumah atuk opah ni..Dulu its just 4 of us adik beradik.
Dah duduk rumah ni since i sekolah.. so..memang tak bising mana.
Now bila semua dah beranak pinak.. cucu pun kecil2 lagi.
baru bising n live sikit..

ok..next entry...kita cerita pasal raya pulakk..ketinggalan betul.
Janji ada...

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...