Salam..
Raya kali ni sikit betul amik gambar..takde sesi photoshoot betul2 utk kids..
haha..bantaiilah.
Mostly semua pakai purple tahun ni..
Us.. emerald green+teal+turqoisee
Mix sangat.. sebab cari baju raya seminggu sebelum raya..
Last minute sangat...
Apa yang ada jelah.. berkenan sikit-sikit pun terpaksa beli.
Tahun depan nak prepare elok-elok sikit..cewahhh.
Kemain Opah senyum kann
Atuk tak balik-balik lepas solat raya...so.. gambar dia langsung takde.
Dia pi beraya terus ngan geng ke apa...ta ingat
Tapi nampak cantik pulak KIss pakai warna ni.. Her choice nak peplum tu..
Ikutkan jelah..
Oh..Fakhry tak bagi kerjasama langsung semasa sesi bergambar.. jenuh pegang.
Tak tahulah style apa ni....
Yang sorang siap bertorch light lagi...
Abis bergaya la ni..
Selain hidang lemang n friends..kuih raya jangan dilupakan..
Tahun ni ada suppllier kek lapis Sarawak...sebab Acu dah jadi orang sana.
Kuih ni semua himpunan semua orang bawak balik sikit-sikit.
First time raya aidilfitri oven mak i tak berasap buat biskut or kek raya..
Seingat i..setiap tahun mesti mak ada buat sendiri..takde geng la ni
of course la I bila dah kawen ni buat kat rumah sendiri..
Tetamu pertama.... cucu sendiri juga yang menghabiskan.. hahaha
Opah baru balik Solat Aidilfitri.. Nampak Fakhry naik basikal terbalik.
Baju raya Fakhry ni pun last minute..nasib baik elok je saiz dia utk 3 years.
Fakhry susah gila makan sepanjang cuti raya ni... eiii.. stress tau.
Very-very incredibly fussy boy!! Argghhh
Percaya tak..setakat ni sahaja i pegang camera.. lepas tu bungkus sampai malam ye..
Mula lepas tu bersiap-siap nak pergi rumah mak sedara n all..tapi baru masuk kereta rumah dah diserang dengan kawan-kawan Atuk..
So, keluar balik kereta..tolong-tolong apa yang patut...
Sampai ke petang tetamu bersilih ganti..
Sinsing baju lah jawabnya...
Fakhry pun dah tertidur...
So..sampai ke petang lepas Asar baru keluar kejap gi umah pak sedara..
Sebab if nak tunggu esok macam malas pulak..
Pergila ..dengan baju raya yang dah ronyok2 n masam ..kah kah..
rugi tak amik gambar kat sana..
Rumah tu klasik sangat..
Sure cantik jadi backdrop raya kan..
Sikit gila gambar raya tahun ni...HUWAAAA..
Ni gambar Sarapan pagi Raya Ke-2
Dah ada orang jual Nasi Lemak tu..
Mula nak cari roti canai.. tapi mamak semua cuti beraya lagi kat sini.
Settle dengan Nasik Lemak..
Hari tu pergi Ipoh.. My untie's house.
Ntah kenapa i tak amik gambar bebudak ni pakai baju raya ke2
Memory lost betul..
Fakhry buat hal betul..taknak masuk rumah orang.. huhu
Dah lama dok luar baru nak masuk macam tu...
Menci..tak amik gambar raya ke2..
HUWAAA....lagi
Hari raya ke2 tu mak i masak Nasi Daging...
Petang tu..i masak Spaghetti Bolognese..
Sarapan Raya Ke3. Opah masak Nasi Lemak..
Yang brown tu lebihan nasi daging semalam..kang korang pening nasik lemak warna tu.
Hari ni semua beransur -ansur nak balik..kampung lagi satu.
i pon nak balik kampung hubby...tapi petang,
Pagi ni dah sibuk bungkus barang... Kastemer dah mula order balik.
Hari ni pos Laju dah buka.. so.. kira i dah start kerja.hahah
Korang punya pasal... no problem!!
Raya ke3.. kami panggil dress ini ders Princess Elsa-Frozen |
Ni gambar raya Ke-4 dah.. Gambar Kiss kat rumah Onyang. Kiss ada nenek moyang lagi..
My Hubby's Opah... masih ada. So lucky of him..
Btw Hubby dibesarkan oleh Opah n Atuk dia since he was born till sekolah rendah kot.
Thats why la kot... dia selalu ketinggalan keretapi sikit in term of everything.
Baru ni... her sister bersalin sebelum raya..namakan anak sama dengan Fakhry sebab Tuk n Wan n his unty uncle semua cakap tak ingat nama Fakhry apa..padahal cucu ke2. tapi rasanya buat-buat tak ingat..sebab sblm ni salalu je dengar tuk nya panggil nama penuh.
.
Siann anak i.. begitu tak penting.
redha je lah..yang penting Fakhry n Kiss penting di hati mama n papa selamanya...
My Fakhry Darwish.. now dah ada another Darwish in family.. and i'm not allowed to call him Darwish bila balik sana nanti..nanti cucu baru konfius gitu...Gulp.
Takpe... balik sesekali.. so lepas tu boleh la panggil balik..
tapi..i terasa sikiiitlahhh..tipula hati kebal sangat..
but.. i will survive ...Insya Allah. Kenalah sedar diri..hohooooo.
Kiss jumpa balang kerepek pisang di rumah Onyang... Terus peluk tak kasi orang share..
Onyang Kiss dah uzur.. tapi mujur ada hubby's untie yang duduk sekali n take care.
Rugi i tak amik gambar Kiss dengan Onyang..n overall house dari luar.
Disitu la hubby dibesarkan..dengan Atuk n Opahnya..
Opah suka la bila Hubby datang...
Fakhry malu-malu kucing... tak nak angkat muka kat rumah tak biasa..haishh
No picture please..!! |
Ni gambar kat Jeti Bagan Datoh.. Tempat pertemuan sungai dan Laut.
Its Amazing tengok air sungai laju dan deras menuju ke laut..
Lalu bertukar jadi air masin..
N tak pernah sekali pun air laut termasuk pula ke sungai kan..
Subhanallah..
I said NO PICTURE PLEASE!!!! |
Dengan their untie n cousin... muda setahun dari Fakhry..tapi sama besar. haduiii.
Tu la Fakhry tak nak makan...eiiii
Kampung Nelayan |
Nak balik ke darat..kena lalu jambatan kecil ni.panjang juga..
Seronok nyakat kiss..sebab dia gayat.
I asyikla cakap..Kiss kalau nak mandi.. mama tunggu sini.hahaha.
Kemain takut dia.. tak nak mandi.
okaylah...esoknya dah balik kl. Habisla operasai Raya di kampung.
Sambung kat Kolumpo pulak..
Tunggu Open house..
Yang pasti berat badan naik bertan-tan...
n gambar raya sikit gila..
N tragedi raya..KISAH nAMA...ehem..
No comments:
Post a Comment