Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, 11 August 2014

RAYA 2014



Salam..
Raya kali ni sikit betul amik gambar..takde sesi photoshoot betul2 utk kids..
haha..bantaiilah.
Mostly semua pakai purple tahun ni..
Us.. emerald green+teal+turqoisee
Mix sangat.. sebab cari baju raya seminggu sebelum raya..
Last minute sangat...
Apa yang ada jelah.. berkenan sikit-sikit pun terpaksa beli.
Tahun depan nak prepare elok-elok sikit..cewahhh.

Kemain Opah senyum kann
Atuk tak balik-balik lepas solat raya...so.. gambar dia langsung takde.
Dia pi beraya terus ngan geng ke apa...ta ingat


Tapi nampak cantik pulak KIss pakai warna ni.. Her choice nak peplum tu..
Ikutkan jelah..
Oh..Fakhry tak bagi kerjasama langsung semasa sesi bergambar.. jenuh pegang.




Tak tahulah style apa ni....
Yang sorang siap bertorch light lagi...
Abis bergaya la ni..


Selain hidang lemang n friends..kuih raya jangan dilupakan..
Tahun ni ada suppllier kek lapis Sarawak...sebab Acu dah jadi orang sana.
Kuih ni semua himpunan semua orang bawak balik sikit-sikit.
First time raya aidilfitri oven mak i tak berasap buat biskut or kek raya..
Seingat i..setiap tahun mesti mak ada buat sendiri..takde geng la ni
 of course la I bila dah kawen ni buat kat rumah sendiri..



Tetamu pertama.... cucu sendiri juga yang menghabiskan.. hahaha


Opah baru balik Solat Aidilfitri.. Nampak Fakhry naik basikal terbalik.

Baju raya Fakhry ni pun last minute..nasib baik elok je saiz dia utk 3 years.
Fakhry susah gila makan sepanjang cuti raya ni... eiii.. stress tau.
Very-very incredibly fussy boy!! Argghhh

Percaya tak..setakat ni sahaja i pegang camera.. lepas tu bungkus sampai malam ye..
Mula lepas tu bersiap-siap nak pergi rumah mak sedara n all..tapi baru masuk kereta rumah dah diserang dengan kawan-kawan Atuk..
So, keluar balik kereta..tolong-tolong apa yang patut...
Sampai ke petang tetamu bersilih ganti..
Sinsing baju lah jawabnya...
Fakhry pun dah tertidur...
So..sampai ke petang lepas Asar baru keluar kejap gi umah pak sedara..
Sebab if nak tunggu esok macam malas pulak..
Pergila ..dengan baju raya yang dah ronyok2 n masam ..kah kah..
rugi tak amik gambar kat sana..
Rumah tu klasik sangat..
Sure cantik jadi backdrop raya kan..
Sikit gila gambar raya tahun ni...HUWAAAA..

 Ni gambar Sarapan pagi Raya Ke-2
Dah ada orang jual Nasi Lemak tu..
Mula nak cari roti canai.. tapi mamak semua cuti beraya lagi kat sini.
Settle dengan Nasik Lemak..

Hari tu pergi Ipoh.. My untie's house. 
Ntah kenapa i tak amik gambar bebudak ni pakai baju raya ke2
Memory lost betul..
Fakhry buat hal betul..taknak masuk rumah orang.. huhu
Dah lama dok luar baru nak masuk macam tu...
Menci..tak amik gambar raya ke2..
HUWAAA....lagi

Hari raya ke2 tu mak i masak Nasi Daging...
Petang tu..i masak Spaghetti Bolognese..


Sarapan Raya Ke3. Opah masak Nasi Lemak..
Yang brown tu lebihan nasi daging semalam..kang korang pening nasik lemak warna tu.
Hari ni semua beransur -ansur nak balik..kampung lagi satu.
i pon nak balik kampung hubby...tapi petang,
Pagi ni dah sibuk bungkus barang... Kastemer dah mula order balik.
Hari ni pos Laju dah buka.. so.. kira i dah start kerja.hahah
Korang punya pasal... no problem!!


Raya ke3.. kami panggil dress ini ders Princess Elsa-Frozen



Ni gambar raya Ke-4 dah.. Gambar Kiss kat rumah Onyang. Kiss ada nenek moyang lagi..
My Hubby's Opah... masih ada. So lucky of him..
Btw Hubby dibesarkan oleh Opah n Atuk dia since he was born till sekolah rendah kot.
Thats why la kot... dia selalu ketinggalan keretapi sikit in term of everything.
Baru ni... her sister bersalin sebelum raya..namakan anak sama dengan Fakhry sebab Tuk n Wan n his unty uncle semua cakap tak ingat nama Fakhry apa..padahal cucu ke2. tapi rasanya buat-buat tak ingat..sebab sblm ni salalu je dengar tuk nya panggil nama penuh.
.
Siann anak i.. begitu tak penting.
redha je lah..yang penting Fakhry n Kiss penting di hati mama n papa selamanya...


My Fakhry Darwish.. now dah ada another Darwish in family.. and i'm not allowed to call him Darwish bila balik sana nanti..nanti cucu baru konfius gitu...Gulp.
Takpe... balik sesekali.. so lepas tu boleh la panggil balik..
tapi..i terasa sikiiitlahhh..tipula hati kebal sangat..
but.. i will survive ...Insya Allah. Kenalah sedar diri..hohooooo.


Kiss jumpa balang kerepek pisang di rumah Onyang... Terus peluk tak kasi orang share..
Onyang Kiss dah uzur.. tapi mujur ada hubby's untie yang duduk sekali n take care.
Rugi i tak amik gambar Kiss dengan Onyang..n overall house dari luar.
Disitu la hubby dibesarkan..dengan Atuk n Opahnya..
Opah suka la bila Hubby datang... 

 Fakhry malu-malu kucing... tak nak angkat muka kat rumah tak biasa..haishh

No picture please..!!
 Ni gambar kat Jeti Bagan Datoh.. Tempat pertemuan sungai dan Laut.
Its Amazing tengok air sungai laju dan deras menuju ke laut.. 
Lalu bertukar jadi air masin..
N tak pernah sekali pun air laut termasuk pula ke sungai kan..
Subhanallah.. 


I said NO PICTURE PLEASE!!!!

Dengan their untie n cousin... muda setahun dari Fakhry..tapi sama besar. haduiii.
Tu la Fakhry tak nak makan...eiiii


Kampung Nelayan



Nak balik ke darat..kena lalu jambatan kecil ni.panjang juga..
Seronok nyakat kiss..sebab dia gayat.
I asyikla cakap..Kiss kalau nak mandi.. mama tunggu sini.hahaha.
Kemain takut dia.. tak nak mandi.

okaylah...esoknya dah balik kl. Habisla operasai Raya di kampung.
Sambung kat Kolumpo pulak..
Tunggu Open house..

Yang pasti berat badan naik bertan-tan...
n gambar raya sikit gila..
N tragedi raya..KISAH nAMA...ehem..









Sunday, 10 August 2014

Sehari Dua Sebelum RayA!!

Salam

Tahun ni sebelum raya macam short sangat.. maybe sebab isnin dah raya kan.. n Jumaat masih sekolah.
Selalu raya macam tengah minggu..
Tu pun .. kitaorang telah memontengkan Kiss on the last day tu. tadika lagi..takpelah.Tahun depan dah Darjah 1 payah la sikit kan.. Subuh Jumaat dah balik..
Sahur kat RnR Rawang..
Takut memikirkan jem.. sebab confirm semua akan balik petang jumaat after work dan berlarutan hari Sabtu.. memang ye pun. sana sini baca update pasal jem..
Fuhhh...

Fakhry otw balik kampung
Ni tertidur kekenyangan ni dalam kereta...sebab beriya dia makan nasi lemak kat RnR Rawang masa we all bersahur. Dekat setengah pinggan.. Pastu masuk kereta sambung tidur balik.
haha.. tak puasa pun.

Okay..lepas ni gambar makanan je pun.. 


Ni gambar berbuka 2 hari sebelum raya..Masa ni semua dah balik. So.. agak banyak makanan disitu. Laksa Kuale pun dah jadi macam menu wajib.. buka puasa makan laksa... mak i masak mee bandung saja haritu. Lain semua param. Popia basah Kuala memangla terbaik setakat ni..
kat KL tak jumpa lagi yang sedap .. Yang tinggi tu dalam daun pisang tu kuih... argghhh memory lost betul.. tapi kat kuala je ada. isi dalam manis.. Macam kuih sampan or Limas tapi lain sikit..pon sedap.


Kuih limas or sampan kat kampung memangla besar-besar belaka.. warna hijau pun dari pandan.
tak pakai pewarna tiruan.. tapi tetap murah dari rege kuih sampan kota metropolitan itu..
Yang hitam tu cekodok ye puan-puan.. kiki

Sup Ketam
Sup Ketam ni opah masak untuk cucu-cucunya yang tak berpuasa yang pulang beraya memeriahkan suasana.Ni gambar sebelum masak.

Simple gila.. basuh ketam.. campak daun kunyit yang ditanam tepi rumah..rebus.
SIAP!!
Garam..of course.

Rendang Ayam Pencen
 Tahun ni Rendang ayam..adalah dari suku ayam pencen.. dapat supply dari bapak saudara. 5ekor tak silap.. Ni halfway masak..
Rendang Paru Cili Padi
 Ni ..menu WAJIB raya..takde tak meriah. Orang kuala kangsar panggil Rendang Telampung. Orang Kay El panggil Paru kan.. Favourite sangat..oh my.. tapi masih tak salin resepi dari mak.
Yang beza dari rendang pedas biasa, from my observation lah kan.. cili giling tukar pada cili padi hijau.. daun kunyit yang biasa diracik halus dalam rendang pedas tukar pada daun limau purut. Yang lain sama... tapi sedap weh..of course air tangan pun memainkan peranan ni..
tu yang tak dapek nak masak sendiri tu..

Ayam Bakar
 Hmm...takde gambar selepas masak...sebab agak sedikit garinggggg disitu.

Bakar Lemang
Tahun ni Fakhry sorang je tolong papa n Pak Long bakar lemang..keh keh.
Risau gila..sebab banyak cubaan dia nak pi usik buluh lemang tu..
Lepas sesi bergambar terus.. ajak masuk..
Janji... FAKHRY DARWISH WAS HERE..gitu. hahaha

 Wajah-wajah cucu Atuk Opah.. ni masa tengah baik kita ambil gambar. masa bercakaran terus simpan kamera.. biar memori indah2 saja kita simpan ye tak...



Kat belakang rumah...sementara tunggu lemang masak.. even asik kena jerit masuk rumah sebab kat luar panas terik.. tapi diaorang semua ada kemahiran "ignorance" yang sangat tinggi.

Mana cat ni..???
Fakhry kehulu kehilir bawak botol makanan kucing ni.. Cari kucing nak dibaginya makan.
Kucing pun dah naik seram nak keluar.. Sampai senak perut kucing atuk kena paksa makan dek si kecik ni..  kalau tak abis..dia sampai nak suap ke mulut kucing tu.. 
Sedangkan dia sendiri payah nak makan...
ada hati paksa kucing makan..


Yang ni Pun kelakar juga..selepas beberapa kali cubaan Fakhry bagi anak kucing ni makan tak berjaya.. bersungguh-sungguh dia suruh abang2 sepupunya tolong bagi.. dia yang baju hijau belakang tu.. boleh pulak bebudak ni menurut perintah.
I cakap..kucing tu kecik lagi..cuma minum susu mamanya.. tak pecaya..
So.. kita peratiii jeleh..diaorang diskas STRATERGI..hmm

Lemang home made...
 Lemang panas..baru masak untuk berbuka puasa hari terakhir.. yeay..Best tau makan lemang masak sendiri. Lain feelnya... Syukur..masih dapat makan lemang atuk n opah..Alhamdulillah.
So far memang tak pernah beli lagi lemang...

Kuah Kacang
Kuah kacang yang siap dimasak a few minutes sebelum berbuka.. 
Untuk dipadankan dengan lemang dan rendang...
Rindu pulak kat lemang dan rendang...caner ni..?


Sempat lagi kuih dari PARAM menyelit..
Yang daun pisang bulat tu kuih apam.. Besar pinggan..
Rasanya Apam ni pun hanya dijual di Kuala Kangsar je..
memang original sangat kuih Kuala ni..


Aktiviti WAJIB ni...Perkara yang paling dinanti-nantikan oleh kids. Main bunga api..
Sampai tak cukup...kena catu..sorang berapa..kena kira betul2 biar adil dan seksama.
padahal ada je lagi..dalam rumah bunga api..tapi kena simpan untuk malam esok kan..
Fakhry la yang paling dirisaukan sekali.. sebab dia excited terlebih..nak test pegang bunga api tang api itself...
Panjut a.k.a Pelita
 Tahun ni rumah atuk ada panjut.. Orang sekarang panggil pelita.. 
Baru meriah..

Rumah Atuk Opah
Sesekali semua berkumpul meriah lah rumah atuk opah ni..Dulu its just 4 of us adik beradik.
Dah duduk rumah ni since i sekolah.. so..memang tak bising mana.
Now bila semua dah beranak pinak.. cucu pun kecil2 lagi.
baru bising n live sikit..

ok..next entry...kita cerita pasal raya pulakk..ketinggalan betul.
Janji ada...

Tuesday, 10 September 2013

RED VELVET CAKE

Salam All,

Dessert raya..at my mum's. 

Raya Kedua dan Ketiga..

 Red velvet Cake, Oreo Cheese Cake, 
Kek Batik ( tapi tak amik gambar :( , dahla i yang buat itu..i yang lupakan dia..) 
and ......  Buah Kanta in Syrup. 


Red Velvet


Yang ni untuk si kecil comel or lebihan cake lettew.. ... topping with cream cheese frosting...
Emmm.... 

RAya setahun sekali... tralalalala

Oreo Cheese Cake..

My sis punye projek.. Layer bawah sekali is a Yogurt Cake. Middle Layer tu is the cream cheese layer. Well, dia pakai instant cheese cake pre-mix. And atas sekali adalah oreo biscuit yang dah blend..
Well combinations.. i makan cake ini banyak sekalii... huhuhu.. 



BUAH KANTA

Buah Kanta ... have you ever heard about this..? Maybe ada juga orang panggil buah nipah..
Just rebus dalam air gula..
rasa dia kenyal.. macam Nata de Coco tu .. 
but ,
extra more elastic.. macam tulah..
Warna asal putih..transparent tu, but my mum letak food colouring bagi lebih aura kot..
supposed colour hijaulah kan...
baru mood Syawal...hehehe



Okay bye..

Besttnya raya... makan tak berhentiiiiii...!


Red Velvet Cake Recipe

Ingredients
For the cake:

12 tablespoons (1 1/2 sticks) unsalted butter, softened, plus more for the pans

3 cups cake flour (sift before measuring)
3 tablespoons unsweetened Dutch-process cocoa powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 3/4 cups granulated sugar
1/3 cup vegetable oil
3 large eggs, at room temperature
1 tablespoon red food coloring
2 teaspoons apple cider vinegar
1 teaspoon vanilla extract
1 cup buttermilk


For the frosting:

4 8-ounce packages cream cheese, softened
2 sticks unsalted butter, softened
2 pounds (about 8 cups) confectioners' sugar
1 tablespoon fresh lemon juice
1/2 teaspoon vanilla extract
1/8 teaspoon salt


Directions


Make the cake: Preheat the oven to 350 degrees F. Butter two 9-inch-round cake pans and line the bottoms with parchment paper; butter the parchment. Whisk the flour, cocoa powder, baking soda and salt in a bowl.

Beat the granulated sugar, 12 tablespoons butter and the vegetable oil in a stand mixer fitted with the paddle attachment on medium-high speed until fluffy, about 4 minutes. Beat in the eggs one at a time. Beat in the food coloring, vinegar and vanilla. Reduce the mixer speed to low; add the flour mixture in 3 batches, alternating with the buttermilk, beginning and ending with the flour, until just combined.
Divide the batter between the prepared pans. Bake until a toothpick inserted into the center comes out clean, 35 to 40 minutes. Let cool 10 minutes on racks, then turn the cakes out onto the racks to cool completely. Using a long serrated knife, carefully slice each cake in half horizontally to make 2 even layers.
Make the frosting: Beat the cream cheese and butter in a stand mixer with the paddle attachment on medium-high speed until fluffy. Add the confectioners' sugar, lemon juice, vanilla and salt; beat until smooth.
Put 1 cake layer on a platter; spread 1 1/4 cups frosting on top. Repeat to make 4 layers, ending with the cake. Cover the top and sides with a thin layer of frosting (this is the "crumb coat"; it doesn't have to be perfect). Chill 15 minutes, then cover with the remaining frosting.

Monday, 9 September 2013

RAYA DI KAMPUNG - HARI KE-3

Salam...

ye raya dah abis.. tapi baru nak up gambar raya kan..
lalalala
sibuknya sekarang ni.. ok! tapi orang lain pun ada 24 jam juga kan..
maybe my time management masih tunggang langgang lagi..
salahkanlah diri sendiri je... 

we all adik beradik  tahun ni raya ke-2 baru balik kampung kuala kangsar.
so, aktiviti masak terpaksa buat raya ke-tiga laa.
sebab balik pun dah petang raya ke-2
of course everything yang my mum masak untuk first day raya dah sold out kann.
But, rendang semua dah siap di frozenkan dalam freezer.. so tinggal re-heat je.
memang macam tu style my mother setiap tahun ..masak banyak-banyak, then simpan dalam few containers.. then. re-heat bila ada tetamu.. senang daripada dok perangat setiap hari dalam periuk. jenuh juga.
kalau basi, rugi la..


Ketupat Pulut

Ketupat Pulut.. jarang buat ketupat nasi tu. Sini semua layan pulut.
Ketupat ni masak dalam santan.. so, sangatla lemak rasanya..
maka tinggilah kolestrolnya..
tapi..raya setahun sekali kannnnn


Ayam Bakar
Ayam bakar ni memang dah acara wajib tiap-tiap tahun. sebab kitaorang nak bakar lemang..
so alang-alang bolehla ayam ni menyelit sekali ..
perap simple je. pakai bbq sauce, mayonis, black pepper, gula and garam..and few dry herbs
western style gitu..
no bawang-bawang or halia.. 
padahal malas nak kupas bawang ..tak nak ..tak nak,, tak bisa,,,
sebab masa perap ni..my mum takde pergi rumah orang meninggal.. kalau tak mesti suruh perap ala kampung itu.. letak cili blend, bawang.. , jintan... etc etc.. 
i nak pakai instant je.. jimatttttt tenaga tulang 4 kerat ini. 


Kitchen Helpers

Sesungguhnya ini hanya lakonan semata.. 
sangat jelas mereka tidak berbuat apa-apa melainkan untuk tujuan bergambar sahaja..
Aktiviti masuk pulut dalam buluh lemang..
Kiss tu penuh bedak sejuk sebab kena chicken pox..alahaiii .

Santan

Auni si penjaga santan.. 
my niece yang dah kurus kerana berpuasa sebulan Ramadhan..hehehe
Santan diperlukan memangla banyakkk, supaya lemang lebih classy dan mewah dari lemang bakar tepi jalan yang di re-heat setiap hari itu..
takpelah.. raya setahun sekali kannn


Lagi dan lagi gambar lakonan semata. 
Sungguh tak real sebab berlakon letak daun pisang dalam buluh lemang??? 
Motif??

Kuah Lodeh

Walaupun hari tu tak masak nasi impit..tapi kuah lodeh seperiuk besar dan kuah kacang tetap dimasak..
 buat makan dengan nasi. masak lemak santan lagi...
Hmm... raya setahun sekali kannnn

Ishh... selain tu ada masak sup tulang seperiuk besar tau dengan rebus bihun. tapi tak amik gambar langsung..?
Kecik hati si sup tulang.. ni si Acu lupa snap la ni..
i bagi tender amik gambar kat dia ni..
memang we all and budak-budak makan itu jelah for lunch.. sebab bakar lemang petang..
Sup tulang... OMG!! tingginya kolestrol intake hari tu..

Redhalaa.. Raya setahun sekali kannnn


Bakar lemang
Sebab Atuk tak bagi bakar lemang dalam kawasan rumah ( takut rumput rosak ) so, kami bakar kat bahagian luar belakang rumah.. tanah kosong .
memang situla port setiap tahunn..
ni pembakaran baru bermula.. buluh pun hijau lagi tu kann.

Ayam Bakar
ini la ayam bakar western style lah sangat.. menyelit di tepian lemang.
Dua ekor je..

Raya setahun sekali kannnn

Lemang Tepung

Korang orang bandar ni pernah dengar ke pasal lemang tepung ni..?
Ini pun wajib setiap tahun buat 3-4 batang..
resepinya lebih kurang macam bingka pandan tu je.. just beza bakar dalam buluh lemang. sedap la. 
ber aroma la...
pakai santan, gula, telur, tepung, air pandan... curah dalam tu.
biasa bila lemang pulut nak masak baru si lemang tepung ni join kat tempat bakar sebab kejap je. dah masak.

oh ye.. lemang tepung juga guna santan..
do i need to repeat again??

Raya setahun sekali kannnnnn


So what did the kids do while waiting the lemang to cook??


Mat Bunga
Petik bunga-bunga Atuk dan bergambar dengan bergaya !!




Main Bola.. dan berebut bola... sebab bola dah tinggal satu.
yang lain semua dah pecah kannn


Bergotong royong membersihkan rumah Atuk...?
hmmm.....


lari kedapen dan kebelakang.. supaya mama terpaksa kejar di tengah panas.
aduhaiiiii


rupanya mencari kucing untuk dianiaya  ..
tarik ekor.. picit perut nya.. 
 dan yang sewaktu dengannya..
kucing tu mencicit lari dok bawah kereta takmo keluar...


cabut the flower petals..
dah masak.. belum..dah masak..belum..

okay...gambar lemang dah masak takde ye.. dah potong ke..dalam pinggan ke.. semua takde...!!
kami hanya concentrate makan sahaja..
no camera please...!
sayang la pulak...takde untuk kenangan terindah...
masa sibuk makan tu tak ingat pulak kan..


Magic Pan

Ni lebihan bancuhan lemang tepung tu... saja my mum suruh try masak dalam tu. 
sungguh mudah.. kejap je dah masak ..sedap makan panas-panas..
tak perlu ke hutan cari buluh.., daun pisang, bara api untuk bakar, parang untuk belah lemang itu dsb

marilah kita bersyukur dengan teknologi masa kini.. yang memudahkan para ibu.
tapi mengapa masih membeli kuih tunjuk juga..?
owh..sungguh terasa kerdil diri ini.
hehehe

Rendang 

Sebenarnya hari itu juga my mum re-heat her frozen rendang paru aka rendang telampung dan rendang ayam.
dan kami semua berjemaah menghabiskannya dengan senang hati tanpa perlu dipaksa.
Sup tulang juga habis seperiuk..
semuanya sold out..
Ni pun i separate gambar dessert raya untuk post akan datang.. dessert pon layan juga,,

Alhamdulillah.

Raya setahun sekali kannnnnnn...
bersabarlah duhai jantung dan arteri ku...

Bye!

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...