Wednesday, 9 January 2013

Under the Love Spell..


So, they claimed him under the love spell? Melupakan anak isteri kerana itu.

Sekiranya betul.., hmm wajarkah  bil perubatan kepada 'ustaz' itu mencecah ribuan RM?

Mengapa 'doa' yang dipinta daripada ustaz itu harga nya sedemikian tinggi?

Adekah doanya ada 'shortcut' kepada tuhan?

apa kata Haron Din? i cop paste je ni..

Apakah hukum mempelajari dan mengamalkan ilmu Sihir?


Jawapan
Dalam kitab-kitab muktabar oleh ulama yang menulis dan menjelaskan tentang pengertian sihir, kesimpulannya diertikan sebagai suatu jampi mentera (biasanya berasusiasi) berurusan dengan makhluk halus (jahat) melalui proses amalan atau perbuatan halus untuk menganggu rohani dan jasmani mangsa dengan tujuan jahat menganggu dan menyakiti orang-orang tertentu.
Ditujukan kepada fikiran atau tubuh badannya bagi memaksa mengasihi sesuatu atau menyimpan kebencian yang boleh berlaku porak peranda dalam hubungan insan yang sedang berkasih atau suamiisteri sehingga menyebabkan perceraian atau menganggu fizikal sehingga boleh menjadi penyebab kepada kematian dan sebagainya.
Itulah pengertian umum, bahawa sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan bagi suatu tujuan yang biasanya untuk mendatangkan berbagai-bagai kemudaratan
Pengertian atau pengenalan istilah sihir sudah menjadi sebutan umum, penyakit yang berpunca dari perbuatan orang atau suatu amalan halus yang dinamakan ilmu hitam atau black magic yang rata-ratanya ada hubung kait dengan amalan syaitan, yang membantu manusia bagi mengenakan sesuatu tujuan jahat untuk memuaskan kehendak nafsu bagi tujuan jahat.

JAWAPAN PERTAMA
Adapun tentang wujud sihir itu di alam nyata, memanglah sihir boleh berlaku di alam nyata, ianya wujud dan boleh dipercayai ia berlaku.
Dalam al-Quranul karim, terdapat sekurang-kurangnya 67 ayat yang menyentuh tentang sihir ini. Terkenal tentang kisah Nabi Musa a.s yang terpaksa menghadapi golongan ahli sihir mahir di zaman Firaun bagi menentang Nabi Musa yang mereka juga mendakwa bahawa Musa juga ahli sihir.
Sebelum Nabi Musa a.s banyak berlaku fenomena sihir dalam kehidupan insan terdahulu. Kisah Nabi Sulaiman a.s terdapat hal yang berkaitan dengan cerita sihir di zamannya.
Al-Quran mendedahkan banyak ayat tentang hal sihir ini bagi menyatakan kepada manusia, ianya wujud.
Firman Allah, “Musa a.s berkata kepada ahli-ahli sihir itu, lemparkanlah (lakukanlah) sihir anda sekelian. Tatkala mereka melakukannya, mereka menyulap pandangan ramai manusia (yang melihat) menjadikan mereka ketakutan, kerana mereka telah melakukan sihir agung yang menakjubkan.” (Surah al-A’raf ayat 116)
Firman Allah, “Mereka (membelakangkan kitab Allah) mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa sahaja yang diturunkan kepada dua malaikat; Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu, ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua; ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 102)
Jelas dalam dua ayat ini bahawa sihir wujud dan berlaku di hadapan Nabi Allah, Musa a.s dan Sulaiman a.s, dengan perbuatan yang boleh mempengaruhi manusia supaya manusia tercengang kehairanan.
Dalam hadis 2766, al-Bukhari dan hadis 89 al-Muslim, Nabi s.a.w menggesa umatnya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan dan salah satu daripada tujuh itu adalah perbuatan sihir.
Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), “Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.
Jelas kepada kita bahawa sihir memang wujud di alam nyata, bukan di alam khayalan, kita terpaksa menghadapinya.

JAWAPAN KEDUA
Apabila dinyatakan dalam al-Quran bahawa sihir wujud sejak dahulu kala sehingga zaman Nabi Muhammad s.a.w, berlaku setiap zaman sehingga zaman kita dan diakui oleh as-Sunnah daripada beberapa kutipan hadis sahih, maka hukum mempercayainya adalah wajib.
Jika kita menolak sihir dengan tidak mempercayainya, bermakna kita menolak kenyataan al-Quranul Karim dengan menafikannya. Hadis sahih pun sedemikian juga.
Sebagai seorang muslim, kita percaya benarnya al-Quran, benarnya hadis, sihir memang wujud dan wajib dipercayai.
JAWAPAN KETIGA
Sihir adalah ilmu yang dipelajari dan diamalkan dan hukum mempelajari sihir ini, disepakati oleh ulama adalah haram kerana dalam Surah al-Baqarah ayat 102 yang saya sebutkan di atas.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa ilmu sihir tidak memberikan sebarang kegunaan, tiada manfaat kepada manusia.

Ilmu ini mengundang kemudaratan yang amat besar iaitu syirik kepada Allah kerana mereka terpaksa melalukan penyembahan kepada syaitan, ilmu sihir ini haram dipelajari dan tidak boleh diamalkan.
Haram menjadi perkara yang besar kerana sihir ini adalah ilmu untuk mengkhianati dan menganggu manusia.


So, berbaloikah kita mensyirikkan Allah semata-mata untuk menyembuhkan dia? Bukankah ada banyak lagi cara perubatan Islam. Kenapa perlu bersekongkol bersama dengan si penghantar?

Yakinlah.. sihir itu (sekiranya ia benar terjadi kepada si dia) hanya akan membawa mudharat dengan izin Allah sahaja.

Dan ada Allah dah bagitahu pun dalam Surah Al-Baqarah Ayat 102

AYAT QURAN YANG MENYEBUT TENTANG SIHIR...
 

وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَ‌ۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَ‌ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡ‌ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦ‌ۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡ‌ۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬‌ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡ‌ۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ (١٠٢)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. / (102)


Dengan Izin Allah penyakit itu datang.. dengan izin Allah penyakit itu sembuh juga.
(refer terjemahan yang saya underlined diatas)

Mintaklah pada Allah secara terus..tidak perlu orang kedua atau ketiga. Mahal sungguh upah untuk si "ustaz" berdoa sampai perlu bergolok bergadai emas? "ustaz" tu pakai wifi ke dengan Allah or ade talian rahsia?

KAT Darus Syifa (HARON DIN) peasakit sedeqah ikut kemampuan je.Takde bayaran ribu riban pun.

Astaghfirullahal 'azim. Kami mohon petunjuk dah hidayah Mu.
Lindungilah AKIDAH kami daripada sesuatu yang mensyirikkan.
Na'uzubillah.

Sekiranya betul sisuami "terkena", tapi  kalau memang dia hanya "tergatal" or "terkhilaf.."
hmm..kan dah membazir banyak tu..

Wallahu'alam.



kredit sumber info : http://cintaiindah.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...