Monday, 5 November 2012

Terpelecok di Kenanga Wholesale City

Semalam, Pagi jumaat nan indah decided ngan hubby nak gi Kenanga Wholesale City. Kebetulan hubby cuti..so dia boleh temankan. Nak amik barang dagangan sikit sambil survey2 barang-barang baru. (Nanti cakap pasal my business ok).Tengah excited nak check out barang baru..hmm sedih, kaki terpelecok. Baru kedai pertama tu. Belum ape2 lagi ni. Ingatkan terseliuh sikit je.. sebab tak jatuh pun. pakai heels pon dalam 1.5inches je. So jalan je. misi perlu diteruskan..padehal sakitnyeee.. kalo boleh nak duduk je.. urut kaki. tapi segan ngan salesgirl2 kat situ. sebab dah cakap kuat2 kat hubby mase terpelecok tu.. sikit je, takde ape2.Motif nak bagi semua kat situ dengar. Bajet macho + control ayu.

terus keluar dari kedai tu, to the next destination. kaki makin sakit.. jalan pon makin perlahan. tapi sebab kat shopping mall kugagahkan juaa... segala rintangan dihadapi dengan tabah dan redha.ceiiss. sampaila dah dapat semua barang, kaki pon dah start bengkak.heran jugak ni, cemanala aku boleh jalan lagi ni.. tapi orang2 kat tepi, lalu lalang dah pandang2 kaki, sebab tengok jalan terdengkot-dengkot. oh..this is the feeling of being orang kurang upaya. people is judging u.. tetiba nampak ade mamat kaki bengkok lalu. (rasenya memang azali kaki dia gitu) tetiba rasa nak sapa hi je.. i can feel u,man. the stares,the sympathy looks or even the judgemental looks, its like..saying..blahh,malas nak elobarate!! the feeling of OKU.insaf2x.

Masuk je kereta, haa..barula rasa berdenyut-denyut. uiii.. besarnye bengkak. rasa macam apeye..sakitlaa. camanalah boleh berjalan selama tu tadi..lebeyy satu jam. so, the theory our brains control everything seems to be correct. Atleast to me.
masa shopping = boley tahan sakit
masuk kereta = baru rasa sakit tu datang
dah sampai rumah = pijak pon tak boleh lagi

see.. nampak sangat balik rumah dah tak best.

hubby had to carry me out from the car sampai pintu umah,pastu i just duduk setempat kat sofa. then, he even considering to buy tongkat terus. pffttss.&%$##. by this minute, kaki dah bengkak cam belon, gebu je. hubby urut, then pakai kinohimitsu tu.
4-5 years back, pernah jadi gak terpelecok ni, tapi kaki kiri, dekat seminggu tak boleh jalan. masa tu doktor bagi MC 1 week je.. dah risau dah, mc nak abis, kaki tak leh jalan lagi, bengkak pon tak surut lagi masa tu. ntah cemana tergerak hati beli kinohimitsu yang tampal2 kat tapak kaki, pakai satu malam terus elok, bengkak surut, then terus boley jalan.tapi masa tu dah after 1 weekla. i guess kinohimitsu tu membantu buang angin kat urat yang tersenyum simpul tu. so tu yang kali ni beli lagi pad tu. tapi kali ni beli yang extra2 power. kotak merah lagi. tapi bukan brand kinohimitsu.. tapi dari jepun gak. sebab kinohimitsu dah mahal sangat sudah..

bila dah start tampal. huiii..sedappnye.. makin berdenyut2 lagi ade. terasa macam vampire tengah sedut darah kat kaki.0k2, too exegerate. macam rase ditarik2.nyut..nyut.. tapi nampak sangat lepas 30mins bengkak surut sikit.. tapi sakittt.. macam kena urut. dah tak tahan lagi. tapi tetap taknak tanggal pad kat kaki tu. nak cepat baik konon. lastly,mintak hubby beli ubat tahan sakit kat farmasi. masa ni, nak gi toilet ke apeke, jalan pakai stool. tak tau cemana nak describe. gerakkan stool kedepan, langkah sebelah kaki, begitula seterusnya.. sambil tu, dok pikir2 lepas beranak pon boleh jalan elok2, ni nak melangkah setapak pon azabnye. insaf lagi. dahla kejadian kat tempat shopping..hai,2x insaf. serik pulak nak pakai heels. pas ni nak cari flats jela..

kiss, sebok tanye papanye, papa tak baca doa ke bagi kaki mama sembuh. pastu asik tanya kenapa mama tak becareful masa jalan tadi. jawapannye, sebab kiss takde nak pegang tangan mama, sebab tulah jatuh. tapi dia tak puas hati, keep mumbling on how careless i was. tadah jela telinga..

bibik came out with a surprisingly amazing cureble petua authenticly diperturunkan by the late 7th generations before from Medan with loves, using CEKUR. Ever heard of this? Picture from google image.

bukan pakai daunnye, pakai umbisinya.Orang melayu lebih sinonim pakai daunnye buat ulam.

kaki dah sakit. pasrah jelah, ape jenis petua pon.. the next morning, hubby gi beli kat pasar tani Setiawangsa. nasib baik ade. cuak gak, kaki tak boleh jalan ni.Plus, esok tadika Kiss ade Konsert.Anak pertama kan, mestila nak pegi tengok, first time katakan. She's been talking about this since ages. Excited la na tengok. Kat pasar tani tu jual sekilo RM12, hubby beli 1/2kilo. banyak gila. saiz dia kecik dari halia and kunyit hidup, tapi isi dalam putih je.

Balik rumah, bibik mulakan operasi pharmacytical nye, nasib baik takde baju lab. kalo ade confirm macam ahli farmasi. First, buang kulit cekur tu and basuh bersih. then ambik dalam segenggam beras yang dah direndam ngan air. Tujuan rendam,just nak bagi lembut sikit beras tu, senang nak tumbuk. then guna lesung batu hadiah kahwin daripada emak yang jaranggggg sekali digunakan, tumbuk beras and cekur tu sampai lumat and jadi macam paste la. Ratio beras menurut bibik adalah 1:1. segenggam beras maka segenggam la cekurnye. Cekur lebih takpe, beras lebih nanti tak mujarab.

Cekur yang baru beli dalam bekas biru tu, macam halia kan. sebelah tu beras yang direndam dan cekur dah kupas

Bila dah jadi paste tu, tempek kat bahagian yang sakit. before tu, massage aka urut dulu kaki tu ngan paste cekur+beras=cheras (Nama ubat yang bakal dikomersilkan sedikit masa lagi, formula akan dipatenkan, royalti 1% masuk akaun bibikla). Pas dah tempek tebal sikit kat tempat sakit (remember my hubby beli 1/2kg cekur, mewah ok), balutla ngan bandage or apa2 kain yang ada. Make sure, paste tu tak bertabur sudahlaa.. kang satu keje nak menyapu pulak. In my case, bila dah kering je, aku buka bandage letak paste baru. sebab nak cepat baik. Remember, esok ada Pop Star nak perform kat konsert kan. Bibik dah buat banyak2, and simpan dalam tupperware letak dalam peti ais. Bila nak amik je.

So far, dalam 1 jam pertama pakai aku dah mula boleh pijak pakai kaki sakit tu. Kinohimitsu pon pakai gak ni.tapi bila pakai cekur tu terus rasa lembut sikit urat kaki tu. Alhamdulillah.Syukur. Continue pakai, bukak bila nak semayang je. Semayang berdiri je. Esoknye, dapat juga tengok konsert anak. Terdengkot2 la sikit. Tapi tak perasan sangatla. Memangla setiap kejadian tuhan tu ada manfaatnya tersendiri. Subhanallah. Dengan RM6 beli cekur, kakiku sembuh dalam 2-3 hari. Before ni penyakit yang sama, aku dapat MC seminggu..pun tak leh jalan lagi. tak payah nak urut2 yang meruntun-runtun jiwa sakitnya.Aku memamg takut bab urut2 ni. Tambah bila harian metro dok cite pasal tukang urut xxxx. Nehi. Tima kasih bibik.. for the petua. Ade lagi, share yek. Bibik2 indonesia ni memang banyakk petua hebat.. Maybe dia patut bukukan.. hmm, idea bagus ni.. i can be your manager:)






No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...