Thursday, 2 May 2013

Tertib Solat Mengampunkan Dosa Memakbulkan Doa.

( i got a friend, jiran lama yang selalu saya refer untuk hal agama, today we had a long chat and here's some )

Me : Akak, macammana nak solat tanpa rasa terpaksa or sebab takut berdosa. Susah nak betul-betul
        ikhlas. Selalu solat sebab kewajipan.

Kakak yang alim : Hmm.. Kita kena ingat, solat yang tertib tu menghapuskan dosa. Fikir tu je.. Setiap kali
                            angkat takbir, ruku', sujud.. semua dosa kita turun satu persatu.. Insya-allah dari situ
                            datangnya keikhlasan.

Me : Tak faham?

Kakak yang alim :Macam kita solat Dhuha.. Kita solat dhuha untuk minta rezeki kan.. Tapi kenapa rezeki
                            tak juga sampai-sampai?

Me : Entahlah.. Sebab lepas sembahyang tak doa kot..  tak sempat.

Kakak yang alim : Bukan... Allah tahu apa yang kita nak, dalam hati kita. Tak perlu buat list pun..Allah tahu harapan kita. sebab itula kita kena perlu solat dengan ikhlas, taat dan tertib. Bukan gopoh gapah. Bukan sekadar menunaikan kewajipan.  Bila solat diterima dengan kualiti yang tinggi, dosa akan diampunkan. Bila dosa terampun maka mudahlah semua doa dimakbulkan.

Me : Jaga solat je ke?

Kakak yang alim : jaga tertib dan kualiti solat.. 

Me : yelah.. tapi susah.. nanti tengah solat anak nangislaa..

Kakak yang alim : Macamnilah...Kalau bibik awak baik, taat pada perintah, kerja dengan ikhlas, tak merungut dan maintain prestasi kerja.. awak akan sayang kan bibik tu kan. Bagi hadiah, penuhi keperluan dia tanpa perlu dia meminta pun kan..  awak tahu ape hadiah yang sesuai.. pakaian yang diperlukan nak bagi..

Me : Betul..betul

Kakak yang Alim : Macam tula kita dengan Allah, kalau kita taat pada Allah, kerjakan suruhan-Nya dengan ikhlas, tak merungut dan banyak alasan.. Allah pun akan bagi ganjaran pada kita.. tanpa perlu dipinta. Malah ganjaran Allah berlipat-lipat kali ganda. Allah kan multi-multi trillionaire.

Me : Ha.. saya dah faham .. betulla kak. Solat elok-elok ye.
(very happy.. kena dapat contoh hidup baru faham.. sengal kan)

Kakak yang alim : Solat dhuha tu dikatakan pintu segala rezeki kerana waktu dhuha adalah waktu paling sukar untuk bersolat dek kerana komitmen masing-masing. sebab bukan senang nak solat dengan tertib di waktu yang sibuk. solat yang tertib dan ikhlas itulah yang memakbulkan doa.. bukan sebab solat dhuha semata..

Me : Betulla kak. Thankss



(ps- adalah sangat penting untuk cari kawan yang betul untuk minta nasihat, sekiranya kita dalam keadaan keliru, marah, bermasaalah, emo dsb. Kawan yang salah akan memandu kita pada penyelesaian yang salah..
dan yang rugi..kite jugeee..kalau takde kawan yang sebegitu, lebih baik mengadu pada Allah je minta petunjuk dan hidayah-Nya, daripada melayan nasihat yang bukan-bukan or provokasi manusia, in my case kalau ade masalah, i memang cari orang alim.. tenang sikit :) )



No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...