Wednesday, 20 November 2013

BINGKA ROTI PANDAN

MY FIRST BINGKA ROTI
Salam All,

This is a recipe entry .. 
nak share, buat bingka roti. First time.. selalu for the stale breads i buat bread puddings or bread crumbs je..   tak pernah try pulak buat bingka-bingka ni. Lagipun rumah I jarang beli santan.. sebab renyah nak simpan, and selalu masak lauk teramat lah simple sampai tak ke tahap guna santan bagai.. hehehe

okay resepi ambil dari Hana, The Food Guru 
alternatively Click Here.. :)

I paste sini untuk rujukan akan datang.. Thanks for the resepi. 
Just instead of kukus i terus bakar je dalam oven, sebab buat pun tengah malam buta, malas nak keluarkan periuk kukus semua malas nak cuci peiuk kukus sebenarnya.. ON  oven, campak je loyang ke dalam tu and tawakal semoga jadi.. hahaha

RESEPI BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

sumber : kak.ummizaihadi , notabilia
olahan semula : hanamemories.blogspot.com



Bahan-bahan

  • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
  • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
  • 3/4 cawan gula halus
  • segenggam kismis
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis (saya pakai pes sahaja)
  • sedikit pewarna hijau - jika perlu
Cara-cara
  • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
  • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
  • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
  • ( Masuk kedalam oven yang dipanaskan, 180C : 34-45mins)
  • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.


Okay siap. Sedap juga. 
Just my roti tu dah expired, so dah lama simpan dalam peti ais, sepatutnya rendam lebih lama supaya roti tu jadi lembut and gebu mushy-mushy  semula.. ni roti tu macam tak sempat nak absorb the batter i dah bakar, jadi macam keras sikit .. better tunggu sampai 30 minit ke, lainla pakai fresh breads.

and kat bahagian atas tu ter "rangup" sikit sebab tukang masak terlena ... nasib terjaga dek bau harum semerbak bingka ni.. hehehe

Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...