Wednesday, 5 June 2013

Isra' Miraj -27 Rejab

Reminder for Me.

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelumHijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.-from Wikipedia


Isra'

Isra' Kronologi
Sebelum.
1. Pembedahan dada Rasulullah oleh Malaikat Mikail dan Jibrail

MULA
(Dalam perjalanan Baginda melihat pelbagai peristiwa simbolik. Rasulullah menunggang haiwan bernama Buraq).

1.Kubur Masyitah yang berbau harum. 
2. Orang yang memecahkan kepala mereka berulang kali.
3. Orang yang hanya menutup kemaluan dengan secebis kain, dihalau seperti binatang dan memakan bara api dari Neraka Jahanam.
4. Lelaki dan perempuan yang memakan daging busuk walaupun ada daging elok disitu.
5. Lelaki yang beranang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
6.Lelaki yang menghimpunkan kayu tetapi tidak berdaya memikul kayu itu tetapi ditambahkan juga yang lain.
7.Kaum yang memotong lidah dan bibir mereka berkali-kali.
6.Kaum yang mencakar muka dan dada dengan kuku mereka.
7. Seekor lembu jantan yang besar yang keluar dari lubang sempit dan tidak dapat masuk semula.
8. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan perhiasan.
9.Seorang perempuan tua yang duduk ditengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti.
10.Seorang perempuan bongkok tiga yang menahan Rasulullah untuk bertanya sesuatu.

Sampai Baitul Maqdis. 

Bersolat jemaah disini bermakmumkan Nabi Adam, Nabi Isa dan Nabi Musa di Masjidil Aqsa sebelum diangkat ke langit.

MIKRAJ Kronologi
Mikraj


Di tangga Ke-10, Rasulullah telah menyaksi dan berdialog dengan ALLAH S.W.T juga menerima AMANAH tentang solat 5 waktu.

Ayat ke2 dan ke3 dalam Tahiyat Awal dan AKhir ketika kita bersolat adalah ucapan salam Allah kepada Rasulullah dan Rasullulah kepada Allah ketika pertemuan PENTING ini.

Solat adalah amanah Allah terus kepada Rasulullah, bukan melalui perantaraan wahyu melalui Malaikat Jibrail- so ini adalah TanggungJawab WAJIB kita sebagai hamba ALLAH dan umat Rasulullah.

Dan, Rasulullah berusaha menebalkan muka dihadapan ALLAH berulang alik dari Langit ke-6 hingga ke-10 memohon  mengurangi waktu SOLAT sehari semalam kerana BAginda mengenali Umatnya tersangatttlah lemah dan tidak berdaya dan banyak alasan.
Astaghfirullah al Azim.

Selawat dan Salam buat Rasulullah atas susah payah Baginda demi umatnya yang dhaif ini.

( Please grant me and my families and seluruh umatMu Your Syafaat di hari Pembalasan nanti..tak lama lagi tu..)
SubhanaAllah atas segala kebesaran dan kemampuan dan keupayaan ALLAH.

PIc- credit to google image and ALLAh will credit you more. InsyaAllah.

Wallahu'Alam.

No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...