Thursday 19 September 2013

NASI KETUMBAR MUDAH NYA..

Salam.. 

Nak share resepi ni.. baru try 2-3 hari lepass buat .sedap juga.. atleast, my kids suka la..
 ( brani tak suka kann).
tapi sedapla.. n yang penting senang sangatttt.. berbanding nasi beriani or nasi arab ke

First diperkenalkan dengan nasi ni masa open house rumah member hubby raya haritu. Tapi, masa tu kenyang gila..so tak rasa pun. 
Just Kiss je makan beriya-iya. Nasi warna light green okayy.
Memang teringin nak try tapi tu dah rumah ke-3 hari tu.. so, i mampu makan kacang tumbuk je kat situ. Hubby pon surrender.. Kiss cakap sedap.. 
i tanya tuan rumah nasi apa ni.. Nasi Ketumbar jawab si isteri tuan rumah. I tak tanya resepi pun..dalam hati dok pikir.. dah la dia doktor, pandai masak... ada laksa lagi tau.. ish ish ishh... anak sapela ni.. hehehe
tu yang lupa tanya lebih lanjut

Ni yang i gugel gak resepi.. nak try juga hebat macam doktor tu masakk..piirah
i gugel semua resepi lebih kurang jew.. so ok la tu.


NASI KETUMBAR

RESEPI NASI KETUMBAR
Resepi i amik from Kak Nor Secubit Garam  cLICK sINI..:)

Bahan:
500g beras
3 s/b mentega/minyak sapi - (i mix olive oil n butter)
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus) 
sedikit garam
pewarna hijau - tak pakai so tak hijau sangat
1 kiub ayam - air rebusan ayam, ada frozen sendiri.

Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/06/nasi-ketumbar.html#ixzz2fOaXIieG


Ayam Panggang

i served the rice with roasted chicken itu. Nak resepi..? okayyylaaaaa... ni family TOP Secret Recipe..
 so scroll down sikittt ye..



































^-------^

Amik kunci kereta..sediakan RM12. Pi beli kat GIANT. Black Pepper Roasted Chicken. 
BAlik rumah.. Heat it.. and SERVE it,  baby... 
hahahaha.. ampun..


No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...