Monday, 23 December 2013

PAMERAN DINOSAURS, PUTRAJAYA

Salam .
Korang...kalau dah buntu sangat nak bawak anak kemana hujung minggu kan.. ape kata pergi jelah Pameran dinasour kat Putrajaya ni. Yelah.. kadang pening juga nak isi masa diaorang . Takkan asik nak seret pi Tesco and Giant teman beli barang dapur je, or lepak mall asyik kena "pow" beli itu ini...  hehehe. 
Jommm 
atleast educational lah sikit. konon. 

Payah sangat nak bergambar

Venue : Marinara Putrajaya (Pusat Maritim Putrajaya)
Date : 31 August 2013 - 28 Feb 2014
Time : 10am - 10 pm
Tiket : RM10 ( Dewasa) , RM6 (kids) Below 3 years Free.

Kiss suka sangat ..! Yess!

Dalamnya takdela besar sangat ..mcm besar dewan.
tapi oklaa.. dah lebih dari cukup untuk buat diaorang teruja. 
In our case.. Kiss je teruja lebih,, Fakhry takut gila.. hehehe.
Asyik nak berdukung jelah.
Mana tak takut kan.. dalam room tu gelap.. and kepala dinasour tu pulak bergerak-gerak tetiba kan...
dengan sound effect nya lagi..
sian dia.. tak enjoy..
pastu sekali dia mintak turun.. terus berlari ke pintu keluar. 
laju-laju kejar, kang dah keluar tak pasal kena beli tiket lagi sekali pulak kang. nak masuk balik.

alololo ..siannnya si kecik ni. 

Berkenalan dengan Pak T-Rex
 Tengok Fakhry..tak sudi tengok pun. Jenuh T-rex tu sengih kat dia kan. ehehe.
Dia takut, kepala T-Rex tu bergoyang-goyang macam nak makan dia.
Sian dia.. mesti dia ingat menatang ni memang hidup kan. 
Dia jeling-jeling je.. Pastu kalau boleh cuba nak masuk dalam perut papa dia.
ahahaha

Mostly, parents lain yang bawak anak besar ni semua berdukung ketakutan ngan parents masing-masing. 


Berani-berani takut
Dalam tu ada disediakan kerusi nak duduk-duduk. So, kebetulan ada banyak kerusi kosong so kitaorang duduk jela situ.
Lama-lama Fakhry dok perati Dinasour tu tak berjalan pun..just setakat goyang-goyang ,
dia pun mula berani sikit. Dalam 10 minutes macam tu..kami duduk bagi dia peluang understand kondisi dinasour tu.
Then, lepas tu takde masalah lagi.



Masa pergi dah petang. So solat Asar kat bangunan sebelah tu je. Senang takde orang and clean. Pastu lepak jap tengol tasik. 
Maka happy lah our intan payung itu. 


" Apa barang tengok air je.. Jom terjunnnnn !!! " 

Fakhry ni kan suka buat aksi sampai kitaorang nak tercabut jantung tau..  Kalau tau dia kat luar macam ni, tadi kat dalam ,letak kepala dia dalam mulut T-Rex tu.. 
Biar dia rasa macam mana rasa we all selama ni ngan aksi spontan dia itu.. 
Eiiii...

Ok..pergila.. beramai-ramai korang. Buat rombongan Cik Kiah.
ehehehe

Wassalam.



4 comments:

  1. Best jg ni... Bolehla nanti bawak anak2 pegi... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... menghabiskan sisa cuti sekolah. :)

      Delete
  2. ops..sikecik tu nak terjun dah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe...tula pasal. another panic moments... :)

      Delete

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...