Friday, 27 September 2013

BERAKHIRNYA SEBUAH PERKAHWINAN - kisah benar.

Tengahari tadi ke KL Sentral..Bertemu rakan lama, bagaimanapun sangat dekat di sanubari.

 Pertemuan tidak ditangguhkan lagi selepas mendengar khabar dia kini sendiri membesarkan dua permata hati.. Berbalas WhatsApp lalu pertemuan diatur..kali terakhir ketemu lebih 7 tahun yang lepas, dihari perkahwinan ku. Dia datang bersama si kekasih hati, yang kemudiannya bertukar title menjadi suami.tidak lama selepas itu

.Lantas masing-masing sibuk dengan dunia baru, dia di Utara, aku di Kuala Lumpur,  membataskan perhubungan tapi sesekali khabar tetap dihantar.  FB menjadi penghubung tapi sekadar sapaan berbalas sapaan lalu berlalu begitu sahaja..

Masih teringat lagi ketika hari pertama dia jatuh cinta dengan si bekas suami, dalam kereta berdua ketika kami pulang dari kuliah dia bercerita dengan gembira, matanya bersinar, "Fiza, OMG, he is like my dream man, Finally.. ".

 Lalu, cinta tersulam diantara mereka.. semuanya berjalan lancar, bagai diatur, tamat pengajian, menempuh alam pekerjaan lalu ikatan diteruskan dengan perkahwinan. Dua hero dianugerahkan Allah untuk mereka ...Seakan tidak ada cacat-celanya lagi perjalanan kisah mereka. 

 Sayangnya kini, semua dah berakhir... Awal bulan ini, mereka memilih untuk mengemudi jalan sendiri.. Talak dilepaskan, maka berakhirlah sebuah kisah cinta...

Kasihan si anak-anak kecil yang tidak mengerti, apakan daya... si ibu tidak mampu lagi berendam air mata, melayan ego si suami, menutup aib diri nya di depan famili dan yang paling teruk menanggung ratusan ribu personal loan bekas suami... aduhaiiii.

Sedihnya hati.. di tengah kesibukan KL Sentral itu, kami duduk bersama.. bertukar cerita, tapi aku lebih banyak mendengar tanpa mahu mengadili. Kerana MLM, Forex,emas,  saham.. keinginan kaya dengan mudah maka si suami memujuk supaya si si isteri kebetulan pegawai kerajaan untuk berhutang.. lalu bermulalah episod duka, wang lebur begitu sahaja tanpa hasil.. kekangan keewangan, kekecewaan, kemarahan terpaksa pula ditanggung si isteri bertahun-tahun.. aduhai..

 Kami terus berbual, tersingkap rahsia, si suami solat entah kemana.. mungkin kerana itu, detik hati kecil ku.. dan dia sejujurnya mengiyakan itulah puncanya.. seakan tahu apa yang berlegar dalam fikiranku.

Solat...solat..solat..sayangnya kalau hidup tidak bersandarkan Allah. Hanya bergantung pada logik akal diri, nafsu dan kehendak duniawi. 

Hmmm.... Kini dia di Kuala Lumpur,  memohon pertukaran..ingin memulakan hidup baru. Moga dipermudahkan Ya Allah.

 Khabarnya kini si suami sudah berubah 360 usai perceraian. Tapi pintu hati si siisteri kini tertutup sudah..Katanya, tak mungkin terbuka lagi.. 

"Bagaimana hutang beratus ribu itu, Sara (bukan nama sebenar) nak tanggung sendiri?"
Tanpa ragu-ragu dia menjawab..
"Biarlah, biarlah lagi 20 tahun Sara bayar hutang itu, namun untuk kembali bersama dia Sara tak sanggup. Biarlah duit Sara habis, Sara yakin mungkin rezeki Sara di tempat lain. Sara percaya, didalam hatinya masih ada sedikit kebaikan, dan suatu hari nanti dia pasti bayar.. tapi sekiranya dia tak bayar, Sara dah cukup bersyukur, dia lepaskan Sara."

Dan, kami meneruskan bicara.. sesekali ketawa berderai..sesekali menahan sendu.. sesekali membuka cerita lama..
Seakan baru semalam, kami bersama-sama tertekan menyiapkan tugasan atau bersengkang mata mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.. Tika itu, rasanya itulah cabaran hidup paling besar di dunia..

Aduhai.. hidup sebagai dewasa sangat mencabar... Ya.Allah permudahkanlha urusan kami. Dan berilah petunjuk dan hidayah Mu dalam setiap pekerjaan juga keputusan yang kami kerjakan..

Kami meninggalkan KL Sentral.. yang penuh dengan kesibukan, stiff and cold, dengan janji akan ketemu lagi di kelapangan nanti.
Insya-Allah.


another sad marriage story of my friend..yang juga telah berakhir dengan perceraian 2 bulan lalu..


ps- jom beli produk pilihan DR. Harlina..SSWKC.Harga ekstra Diskaun. Free Posting. Free Gifts pun ada.










No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...