Salam...
ye raya dah abis.. tapi baru nak up gambar raya kan..
lalalala
sibuknya sekarang ni.. ok! tapi orang lain pun ada 24 jam juga kan..
maybe my time management masih tunggang langgang lagi..
salahkanlah diri sendiri je...
we all adik beradik tahun ni raya ke-2 baru balik kampung kuala kangsar.
so, aktiviti masak terpaksa buat raya ke-tiga laa.
sebab balik pun dah petang raya ke-2
of course everything yang my mum masak untuk first day raya dah sold out kann.
But, rendang semua dah siap di frozenkan dalam freezer.. so tinggal re-heat je.
memang macam tu style my mother setiap tahun ..masak banyak-banyak, then simpan dalam few containers.. then. re-heat bila ada tetamu.. senang daripada dok perangat setiap hari dalam periuk. jenuh juga.
kalau basi, rugi la..
Ketupat Pulut |
Ketupat Pulut.. jarang buat ketupat nasi tu. Sini semua layan pulut.
Ketupat ni masak dalam santan.. so, sangatla lemak rasanya..
maka tinggilah kolestrolnya..
tapi..raya setahun sekali kannnnn
Ayam Bakar |
Ayam bakar ni memang dah acara wajib tiap-tiap tahun. sebab kitaorang nak bakar lemang..
so alang-alang bolehla ayam ni menyelit sekali ..
perap simple je. pakai bbq sauce, mayonis, black pepper, gula and garam..and few dry herbs
western style gitu..
no bawang-bawang or halia..
sebab masa perap ni..my mum takde pergi rumah orang meninggal.. kalau tak mesti suruh perap ala kampung itu.. letak cili blend, bawang.. , jintan... etc etc..
i nak pakai instant je.. jimatttttt tenaga tulang 4 kerat ini.
Kitchen Helpers |
Sesungguhnya ini hanya lakonan semata..
sangat jelas mereka tidak berbuat apa-apa melainkan untuk tujuan bergambar sahaja..
Aktiviti masuk pulut dalam buluh lemang..
Kiss tu penuh bedak sejuk sebab kena chicken pox..alahaiii .
Santan |
Auni si penjaga santan..
my niece yang dah kurus kerana berpuasa sebulan Ramadhan..hehehe
Santan diperlukan memangla banyakkk, supaya lemang lebih classy dan mewah dari lemang bakar tepi jalan yang di re-heat setiap hari itu..
takpelah.. raya setahun sekali kannn
Lagi dan lagi gambar lakonan semata.
Sungguh tak real sebab berlakon letak daun pisang dalam buluh lemang???
Motif??
Kuah Lodeh |
Walaupun hari tu tak masak nasi impit..tapi kuah lodeh seperiuk besar dan kuah kacang tetap dimasak..
buat makan dengan nasi. masak lemak santan lagi...
Hmm... raya setahun sekali kannnn
Ishh... selain tu ada masak sup tulang seperiuk besar tau dengan rebus bihun. tapi tak amik gambar langsung..?
Kecik hati si sup tulang.. ni si Acu lupa snap la ni..
i bagi tender amik gambar kat dia ni..
memang we all and budak-budak makan itu jelah for lunch.. sebab bakar lemang petang..
Sup tulang... OMG!! tingginya kolestrol intake hari tu..
Redhalaa.. Raya setahun sekali kannnn
Bakar lemang |
Sebab Atuk tak bagi bakar lemang dalam kawasan rumah ( takut rumput rosak ) so, kami bakar kat bahagian luar belakang rumah.. tanah kosong .
memang situla port setiap tahunn..
ni pembakaran baru bermula.. buluh pun hijau lagi tu kann.
Ayam Bakar |
ini la ayam bakar western style lah sangat.. menyelit di tepian lemang.
Dua ekor je..
Raya setahun sekali kannnn
Lemang Tepung |
Korang orang bandar ni pernah dengar ke pasal lemang tepung ni..?
Ini pun wajib setiap tahun buat 3-4 batang..
resepinya lebih kurang macam bingka pandan tu je.. just beza bakar dalam buluh lemang. sedap la.
ber aroma la...
pakai santan, gula, telur, tepung, air pandan... curah dalam tu.
biasa bila lemang pulut nak masak baru si lemang tepung ni join kat tempat bakar sebab kejap je. dah masak.
oh ye.. lemang tepung juga guna santan..
do i need to repeat again??
Raya setahun sekali kannnnnn
So what did the kids do while waiting the lemang to cook??
Mat Bunga |
Petik bunga-bunga Atuk dan bergambar dengan bergaya !!
Main Bola.. dan berebut bola... sebab bola dah tinggal satu.
yang lain semua dah pecah kannn
Bergotong royong membersihkan rumah Atuk...?
hmmm.....
lari kedapen dan kebelakang.. supaya mama terpaksa kejar di tengah panas.
aduhaiiiii
rupanya mencari kucing untuk dianiaya ..
tarik ekor.. picit perut nya..
dan yang sewaktu dengannya..
kucing tu mencicit lari dok bawah kereta takmo keluar...
cabut the flower petals..
dah masak.. belum..dah masak..belum..
okay...gambar lemang dah masak takde ye.. dah potong ke..dalam pinggan ke.. semua takde...!!
kami hanya concentrate makan sahaja..
no camera please...!
sayang la pulak...takde untuk kenangan terindah...
masa sibuk makan tu tak ingat pulak kan..
Magic Pan |
Ni lebihan bancuhan lemang tepung tu... saja my mum suruh try masak dalam tu.
sungguh mudah.. kejap je dah masak ..sedap makan panas-panas..
tak perlu ke hutan cari buluh.., daun pisang, bara api untuk bakar, parang untuk belah lemang itu dsb
marilah kita bersyukur dengan teknologi masa kini.. yang memudahkan para ibu.
tapi mengapa masih membeli kuih tunjuk juga..?
owh..sungguh terasa kerdil diri ini.
hehehe
Rendang |
Sebenarnya hari itu juga my mum re-heat her frozen rendang paru aka rendang telampung dan rendang ayam.
dan kami semua berjemaah menghabiskannya dengan senang hati tanpa perlu dipaksa.
Sup tulang juga habis seperiuk..
semuanya sold out..
Ni pun i separate gambar dessert raya untuk post akan datang.. dessert pon layan juga,,
Alhamdulillah.
Raya setahun sekali kannnnnnn...
bersabarlah duhai jantung dan arteri ku...
Bye!
No comments:
Post a Comment