Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Monday, 6 April 2015

NASI ARAB TA'EF-Authentic Palestine n Arabic Foods

ehem..ehem..
banyak sawang..i know..
hahaha..
bantaiii lah..
Rindu nak update blog macam dulu2x..
Amin....

so as a warming up entry kita update pasal makan2 jela dulu
makan kan best


Kami peminat Nasi Arab!!! yeay..
banyakkan nasi arab now kat kl..macam2x brand
so far yang biasa pergi..Hadramawt n Saba sebab dekat..

now there is another new one in our list..
Presenting...

NASI ARAB TA'EF -AUTHENTIC PALESTINIAN N ARABIAN FOOD
 Dah biasa makan Nasi Arab kan.. but kali ni to be specific Nasi Arab Palestin!! Terujakan.. hahaha
"Allah Has Ordained That Palestine will Be Liberated" In sha Allah.


Cawangan Denai Alam
 Yang kami cuba ni ..cawangan denai Alam..from the name card yang dapat ada 2 lagi cawangan di KL..\tapi tak ingat la pulak kat mana.. ala..gugel la kat facebook ke..ada kat bawah nanti i letakkan fb diaorang ye..
Lets jump to the menu..Nyumss sangat
Chicken Grill Mandhi
 Our first menu,, Chicken Grill Mandhi..sebenarnya gambar-ganbar food kat bawah ni gabungan 3 visits dengan hubby ye..bukan makan sekali harung.. amboiiii.. 1 portion ni pun kongsi 2 orang.
Kebetulan sekarang ni ada urusan di Denai Alam..n tak banyak restoran disana.. so memang Nasi Arab ni je yang kami tuju,,Harga reasonable lah juga..sebab setiap set dapat air percuma..macam sirap limau.bandung..teh o ais.. n few lagi.. yang set Nasi atas ni RM16..kongsi berdua.

Chicken Oqdeh

Ni our 2nd meal..ambil lighter but filling juga.. My personal fav ni.. Actually dalam mangkuk tu ada isi ayam sahaja dengan sejenis kari ke apa tak tau their recipe tapi sedapppp sangat.pedas sikit tapi takde rasa kari sangat..tapinya.. sedap!  makan dengan roti.Yang ni RM12. Juga dapat air free dengan hidangan ini.

Chicken Mandhi Hanith-RM17

in terms of hidangan nasi.. i choose this one!! Sebab ayamnya sangatlah sedap..lembut n lerai sahaja dimulut..yang ni 2nd visit rasanya.. Sambal nasi Arab pun sedap kan..

Tashreeb Chicken _Palestine Special Menu

Ok..yang ni 3rd visit..setiap kali datang menu lain..haha. Yang ni tak dapat ok..kat restoran lain..sebab ni Nasi Arab Palestine Style.Authentic dari sana.. Unik sikit..sebab bawah nasi tu kan..ada roti sekeping. So kira macam makn nasi + roti.. RM17 

Arayes Lamb
 Ni pula our 2nd menu on our 2nd visits.heee.. Ni ala-ala Murtabak Arab lah..but of course the portion was bigger n the lamb was nearly 1 inch thick!! Roti atas tu garing je..so ranguplah..Tapi dagingnya banyak..hanya daging sahaja ok..macam burger patties tu tapi besar pinggan..homaiii..sedap..tapi if beli share 4 orang cukup.sorang amik quarter sudah.. in our case,, hubby 3/4 quater..me a quater.. sebab dah kenyang makan nasi.. so far hubby ok..tak kena darah tinggi .Alhamdulillah.

Chicken Shawarma
 RM10 juga.. isi ayamnya sedap..but keseluruhannya macam kering sikit. Dah biasa makan kebab yang wet,soggy and bagi comot effect pada mulut serta tinggi dengan dressing yang berkalori ..i prefer begitu.. lepas tu gemuk stress kan!! 

Ok..all those meal comes with free drinks unless you all nak air canggih-canggih macam apple asam boi..tu bayarla sendiri.

Menu Restoran Ta'ef-adala few pages lagi

Add caption
Ada lagi 2 cawangan..cer check their fb.. tapi yang i pergi ni memang kat Denai Alam.

okkkk Daaaa

Muahsss

Nak beli kolagen klik direct link sebelah naaa
n previous entry..mih mih..

Sunday, 24 August 2014

Terengganu Kita!!

Salam...

Ni cerita basiiii la juga
Tapi nak juga tempek kat sini...kenangan katakan
Kejadian adalah sebelum puasa kot.
Kisahnya pergi Terengganu... sebab ada wedding dua pupu.. merangkap bawa perents pun ye.
sebulan sebelum wedding my parents dah bagitahu..
IF nak pergi.. mak nak ikut..
biar mak tanggung duit hotel n tambang...alololo..
Jomla... tak payah la bayar mak pak..huuu
Kami pun suka berjalan ni...

Dulu masa Atuk kuat nak driving satu Sjung Msia dia bawa kami adik beradik ronda..
Berjam-jam drive takde masalah..
Now... setakat ke Kuala Lumpur je la melawat cucu..
Tu pun kira okayy sangatla tu. He is 70 this year now

Sapa yang terlebih excited ni..
Tak caya tengokla budak berdua ...memang happy sangat if pi hotel
Tak judge pun hotel camana..di mana..janji Hotel gitu..



Btw.. masa tu cuti sekolah.. Opah confirm tarikh wedding pun 2 minggu sebelum date.
Jenuh lah juga mencarik Hotel semua fully book..Homestay pun
Kalau boleh nak cari homestay je ke apa..
sebab my brother sekeluarga pun join datang juga..
Tapi abisss..
Kira banyak juga la number yang i ctct..
Lastly settle dengan GRAND PUTERI HOTEL..
tu pun nasib baik dapat melalui Asia Room
Yang last..elok i confirm booking...terus SOLD OUT u..


Atas tadi bilik kitaorang..yang single beds ni bilik Atuk n Opah. Kecil je biliknya..tapi just nice.
Dapat pulak connecting room dengan Opah..
So meriah la...
Lagi satu bilik utk cousins KIss kat atas..



Sampai tengahri Jumaat..Just nice sebelum Solat Jumaat..
Masjid pula few metres away from Hotel..sempatla Hubby, my brother n Atuk pi Solat..
Dapat early Check in even check in lama gilaaa... baru kerja ke apa..tak tau. Check out pun lama.
ntah apa ditekan-tekan nya keyboard computer tu tak tau..

Sebab kejar time Solat..so kami direct dari KL lepas Sarapan ke KT.
Sampai Hotel..order Room Service..sebab kids dah lapar..
Tapi kena tunggu abis solat juga baru sampai hidangan..sebab semua Chef adalah Lelaki
So order Fries dulu..Fries boleh hantar cepat..sebab goreng je kot.
Atas tu Nasi goreng Kampung dan Fish & Chips..
Rasa dia...emmmm biasa je..bolehla..

Pastu rehat

Rehat pon tak berapa..bilik dah gegak gempita sebab Kiss n Fakhry reunite with their cousins..


Malam makan dinner kat Pulau Duyong..
Kawan la cakap sedap..tapi kedai yang nak pergi tu tutup pulak.
So settle dengan yang ni
Steamboat


The Next Day 
Adalah hari kenduri..tapi kenduri tengahari ye.. 
so, pagi tu sempatla kami berjemaah ke Pasar Payang
Membeli belah seadanya..hehe
Tu gambar Kiss first time tengok Telur Penyu..
Tak beli..takut nak makan... 

Rembat barang standard...baju kelawar, batik untuk baju krung, kain batik, T-shirt kids..Keropok dan Serunding.. etc etc

Yang bestnya dok Grand Puteri ni..semua walking distance..Ke pasar Payang..McD, KFC, Masjid
n kedai emassss pun banyak...hahahaha


KIss nak soft toy penyu...rugi beli kat sini..bahagian luar pasar payang..
sebab kat dalam separuh harga tau dari harga yang i bayar utk penyu tu..
even Fridge magnet pun beli kat sini almost double the price.
So better beli la kat dalam ye pasar payang yang ancient tu..heeeee


 Blur eh...Ni tunggu atuk baru kuar Fitting Room..beli baju Batik

Lepas tu pi kenduri..Dekat jugalah,,kat Mengabang Telipot
Gambar kenduri tak amik pun..sebabnya ..Ada orang Mengamuk okayyy

Sebab kan si kecik ni amat marah pi kenduri n memekik sepanjang sesi..
Atuk suruh balik dulu..
Muka ai pun dah panas ...segan weh..
Fakhry nangis..sebab tengahari tu time tidur dia..huuu

Sempatla mandi kolam 
Ohh..First time pi hotel kolam mandi asing-asing laki pompuan ye
Ada dinding tinggi tembok pemisah gitu..
Mula mmgla asing mandi..pastu dah lama takde orang jaga..
tengok semua dah termix..yela..mostly semua anak laki pompuan..
terpaksala yamg budak2 pompuan ni ikut ke kolam lelaki,, 
Kolam dalam ye..takde kanak-kanak /wading pool

sebab tu Kiss kena guna pelampung



Petang...ke Pantai Batu Buruk..
Lama tak pergi..dah lain sangat.



Ambil kesempatan..angin kuat gila di perairan Laut China Selatan ni.. So..jom kita main layang-layang
Lets Fly the kite..!

Rupanya..papa masa kecik tak pernah main layang-layang.. That was his first time..haha
Thats explain why most of the pictures dia yang overrrrrr
Tak mampu nak letak sini


The next day..

Nak balik dah... After checkout dalam pukul 10-11 macam tu..otw back we all singgah  Taman Tamadun Islam

Yang ada miniature masjid -masjid yg bersejarah seluruh dunia.tu kan..
Panasla sikit pi tengahari kan.. tapi cepat2 la masuk kat dalam masjid yang ada exhibition room..
bolehla tumpang aircond..keringkan peluh sikittt.

kami naik tram je..sorang RM5..hop on hop off gitu. ada few transport lagi..bicycle la..apela..
ada list price kat gambar bawah2 sikit..



Riding on the tram
Tak perasan tergaris line hitam.. pada muka hubby..masa crop gambar gamaknya..
bantaiii la..buka muka kita...


Nampak ke...??? Harga tiket tak ingat langsung...hahaha
Yang ingat warga emas n kanak-kanak ada diskaun.

Lepas lawatan sambil belajar ni we had lunch inside juga.. 
Sebelah Taman Tamadun Islam tu Masjid Kristal.
And nearby situ juga Muzium Negeri...cantik
Tapi tak sempatlah singgah..sebab nak balik KL dah.
If stay 3 malam sempatla..



They were bestfriends during this trip...
Luqman n Kiss... kecik2 dulu selang 5 minit gaduh..now dah sekepala sikit.
oh..kiss pakai baju tidur kelawar baru beli malam tu..
macam besar sangat tengok dia pakai baju kelawar..
Hubby siap cakap..tak sangka anak dia dah besar..
Tak pernah belikan sebelum ni.

Tengok kiut je both ada penyu.. satu biru satu pink..
malam tu dua-dua tidur peluk penyu asing-masing..Alolo.
Berhimpit both of them tidur bili Atuk n Opah.



okayyyy ...lastly..gambar masa hari kenduri.
Actually masa nak sampai tu dia baru terlelap...
then sampai pulak rumah orang..
baru nak lelap dah terjaga..
Tu yang tunjuk perasaan habis-habisan
Habis segala cara pujuk tak jalan...
Maka balik awal la kami...ehehehe

okayy tu je... serba ringkas ke terengganu ritu..
Byeeeee.

Tuesday, 24 June 2014

HER PRE-BIRTHDAY CELEBRATIONS!

FROZEN CAKE.....ape lagi..

SALAM
 Hmm...her exact birthday date patutnya 8 July nanti..Tapi masa tu dah bulan puasa.. so. takkan la nak berparty pulak kan..
Dah jadi tradisi sambut kat sekolah... dia pun dah asik cakap.. nanti bila turn birthday nak kek gitu gini..macam kawan-kawan dia before ni..
Peer pressure sangat..
so layan jelah.. buat la awal sikit. the last week before puasa ni.
She chose Frozen Theme Ceke as expected.

Nothing fancy pun.. order cake dekat kedai Bakery Pistachio. yang kek ni 2kg.
 Hiasan macam atas RM160.

Tahun lepas student tak ramai..so order 1.5kg..RM90.Masa tu tema Disney Princess.


Standing proud with her cake

Besarjuga kek nya..cukupla kot satu sekolah.
 Pagi-pagi pukul 8.30 am..kedai buka je terus ambil kek. ambil gambar n posing sikit masuk kereta..direct to her school. 
Diaorang break 9.30am..Just nice lah utk makan pagi.

The goodie bag's goodies

Semua ni beli borong dekat kedai pemborong Biskut di Taman Melewati. memang tiap2 tahun borong disini je..Sebelah Klinik Kohilal..berhampiran tapak pasar tani n pasar malam Taman Melewati. Carik je Pusat kesihatan Kohilal tu..sebelah dia.Kedai tu kedai endlot. Party bags, balloons..mini toys untuk gift semua dah siap ada dalam tu. One stop centre gitu..

What in the inside ??
 Err..cuba tanak bagi keropok2 jajan.. tapi bagi chocolate ni manis lah pulak ye.. hehe
Wafer Cloud 9, Biskut Teddy, Biakut Oat Choco,  Sweets n Lollipops/
A ballon and a mini pack of sand art.

Buat laju-laju masa Fakhry tidur siang di petang Ahad..kiki.
Tak sanggup la kalau mamat kecik tu dah mula menolong..tak jadi kerja.

The Busy Gal
 Rajin tolongg..pastu kejap-kejap i stop reply Wassap.. dia bising..
"Mama ni asik nak main HP je..semua orang buat kerja."
Hoih...macam mandur!!

Abaikan mural by Fakhry kat belakang tu..
Fakhry was just expressing his hidden talent...huhuhu

Chocolate Volcanoes
 Petang tu dinner di Pizza Hut.. Order Chocolate Volcano.
Pastu cakap kat dia ni untuk celebrate dengan mama n papa.. 
Bersungguh-sungguh we all nyanyi lagu Birthday kat situ..kikiki
Sampai malu Kiss.. sian dapat parent gini..muka tebal.
Now she's looking forward nak celebrate with her cousins pulak..
Berapa kali sambutan ntah..tunggu balik raya jelah..

owh...dia mintak hadia doll monster High..Ngeri i tengok doll tu. Sejak bila minat Monster High..
Dulu Barbie..disney Princess..My little Poney..
Now Monster High.. 
Ishh ..remaja sangat. Baru 6tahun kot..

Safe Landing namanya....
Untuk Penutup...nah amik gambar montot Fakhry.. kikiki.
kat KIDZOONA jusco Alpha Angle

Baiiiii... 

Saturday, 4 January 2014

KAMPUNG, MUSIM BUAH, NOSTALGIA

hmmm.... lama tak tulis pasal my kampung. Kuala Kangsar.  Actually, i was born here.. tapi betul-betul pindah balik duduk Kuale bila dah umur 15 tahun kot. Before tu berpindah randah merata tempat. well, both my parents adalah cikgu. Kawan tak ramai disini sebenarnya sebab tak sekolah local (i budak asrama) so bila balik kampung just memerap dengan keluarga je la. lagi best.
Last week of 2013 we spent few nights here, before ke Pulau Pangkor. Saje.. alang2 cuti panjang, so bercuti dekat2 kampung halaman sendiri. Both of us are Perakians.

tak taula nak kata apa... bila balik kampung and musim buah.
sila ready jelah akan kenaikan weight yang mendadak.. huhuhu 

Hubby kutip ngan my brother di satu petang - 
kenduri durian okay. i dulu takdela suka sangat makan durian..well, dulu lah. sekadar 2-3 ulas je macam tu.. lambaklah berapa ratus biji pun.Paling banyak 3 ulas sehari kot. 
 Tapi... sejak dua kali i bersalin and berpantang kat kampung terkena musim durian, and mak pak i suruh pantang makan durian nanti baby panas la,jaundice la..  so, i terpaksa menahan bau je while others makan kan.. sejak itu, jadi suke gila pulak makan durian ni. macam balas dendam gitu.. so dah pandai makan banyaakkkk. tak taulah sampai berapa kali musim durian lagi baru dendam ni nak abis terbalas. *sigh


endless supply of dokong and manggis
manggis memang kutip sekeliling rumah. banyak nya i makan manggis  ni. and my bapak's dokong adalah yang terhebat..sangat manis. (Up bapak sendiri apa salahnya). Again, sepetang hubby and my brother pi kutip dokong kat kebun. hehehehe 


aiming for the rambutans
Rambutan, alhamdulillah tahun ni juga menjadi. Nak makan pergi je pick fresh from the trees keliling rumah. macam-macam spesis ada.

Duta durian kampung-its in the gene...
Cucu Atok naturally semua pandai makan durian. Latihan makan durian dah diberi seawal yang mungkin. Adalah WAJIB untuk terror makan durian,ok. tak tahan bau durian ?? ape barang...  . ehehehehe *wink

Sarapan ... 
Maka makanan pun banyaklah berunsurkan durian. Sarapan dengan mee goreng dan roti cicah kuah durian. 

Lempeng durian
Nama komersil lempeng durian.. tapi mak i panggil tepek durian. Resepi menyusul dalam entry yang lain. Kiss suka ni. abis sekeping sekali makan.  For our tea-time.

Sukun goreng
hehehe. Tak ingat ini untuk tea time hari yang mana. Kat belakang rumah je pokok sukun ni. Berbuah sepanjang tahun. Alhamdulillah. So, sukun goreng memang selalu ada untuk minum petang. My parents cicah dengan honey.

Lunch time
Lunch time.. Nasi beriani udang galah, Kari ikan sembilang, ikan goreng, sup sayur, and tempoyak masak.
 Sebab musim durian, even nasi beriani pun kena makan dengan tempoyak. tapi ni tempoyak fresh.. so manis je. Nak resepi tempoyak masak.. refer link ni.Tempoyak Masak my mom.
Resepi nasi beriani udang galah menyusul di lain entry...cewahhh.sebenarnya, senang diri sendiri nak refer nanti bila i rindu masakan mak.. 

Once upon a time 
one fine day, ada jemputan kenduri di kampung halaman my mom. so, semua pergi. I lahir di kampung ni. Lubuk Merbau. Dah sampai tu,  alang-alang pergila mengimbau kenangan silam..
di sungai ni lah me and my big brothers berendam dulu. dulu tak cetek. dalam. and di sungai ni lah my mom, opah and nyangs mandi juga... sumber air satu ketika dulu. nostalgia abis lah. 

Bakar lemang 
Sebenarnya ni dekat rumah my moyang punya adik. memang rapatlah sebab dulu rumah my moyang sebelah ni je and kebetulan mak dibesarkan kat sini before Nyang buat rumah lain yang jauh sikit. ni tempat bakar lemang.. i ingat dulu masa kecik kat sini juga buat bahulu . Bakar pakai sabut..atas and bawah.  


Tumbuk padi 
Dah selamat kena selimut. tempat tumbuk padi kan.. nostalgia abis.


i ingat lagi masa kecik dekat bawah rumah ni lah orang-orang tua berkumpul sambil kacau minyak kelapa.
mak i tunjuk.. macamnilah buat minyak kelapa. tak silap masak santan sampai keluar minyak kot. then minyak tu isik dalam botol. sorang bawak balik a few bottles.
nostalgia lagi. 

sape yang over excited ni..?
Sambut birthday Fakhry. Share sekali dengan birthday Acu dia. The december babies. Tak cukup korum ni. Lagi 3 sepupu diaorang tak balik kampung. Ala kadar sambut kat dapur. ehehehe. 
Lilin 3 batng demi memenuhi hasrat 3 orang yang dah lama lepas birthday nya pun..
layannnnnn..

we miss u cake... 

lemme taste it... ok. tak suka. bye.

terpaksa the elders yang abiskan. alasan sangat .. beli kek untuk fakhry kan.. padahal.....

kids have fun dapat main dengan cousins.. jumpa atuk and opah. 
and kitaorang have fun eating...

gambar makanan mana yang sempat je snaps.. actually we ate lots more than these.. wawawawa.
masa tu dok pikir lah, takpe tahun baru skita start diet. last kick before new year..
ni dah berapa hari dah in 2014, still tak nampak tanda-tanda nak start diet. *cry

Alhamdulillah. 

Wassalam.




Thursday, 19 December 2013

RESEPI PANCAKE MUDAH KESUKAAN KISS

Pancakes with honey and choc chips
Okay.. pancakes ni memangla kesukaan Kiss. Dah banyak kali buat pakai resepi ni.. so far so good..
lets share..

i ambik from allrecipes.com . 
okay the recipe...

Fluffy Pancakes Recipe



4 pcs just right enough for her tummy.

Directions

  1. Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
  2. Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
  3. Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

Both skillet fire's ON !! mcm bagus..

While she want her pancakes..he want his carbonara pasta.. Selera lain lain.. pengsan.
Sesekali layanlah... selalunya tak..hehehe. ni pun sebab Kiss teringin sangat.. tak sampai hati.. alalalala

Try la..

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...