hmmm.... lama tak tulis pasal my kampung. Kuala Kangsar. Actually, i was born here.. tapi betul-betul pindah balik duduk Kuale bila dah umur 15 tahun kot. Before tu berpindah randah merata tempat. well, both my parents adalah cikgu. Kawan tak ramai disini sebenarnya sebab tak sekolah local (i budak asrama) so bila balik kampung just memerap dengan keluarga je la. lagi best.
Last week of 2013 we spent few nights here, before ke Pulau Pangkor. Saje.. alang2 cuti panjang, so bercuti dekat2 kampung halaman sendiri. Both of us are Perakians.
tak taula nak kata apa... bila balik kampung and musim buah.
sila ready jelah akan kenaikan weight yang mendadak.. huhuhu
Hubby kutip ngan my brother di satu petang - |
kenduri durian okay. i dulu takdela suka sangat makan durian..well, dulu lah. sekadar 2-3 ulas je macam tu.. lambaklah berapa ratus biji pun.Paling banyak 3 ulas sehari kot.
Tapi... sejak dua kali i bersalin and berpantang kat kampung terkena musim durian, and mak pak i suruh pantang makan durian nanti baby panas la,jaundice la.. so, i terpaksa menahan bau je while others makan kan.. sejak itu, jadi suke gila pulak makan durian ni. macam balas dendam gitu.. so dah pandai makan banyaakkkk. tak taulah sampai berapa kali musim durian lagi baru dendam ni nak abis terbalas. *sigh
endless supply of dokong and manggis |
manggis memang kutip sekeliling rumah. banyak nya i makan manggis ni. and my bapak's dokong adalah yang terhebat..sangat manis. (Up bapak sendiri apa salahnya). Again, sepetang hubby and my brother pi kutip dokong kat kebun. hehehehe
aiming for the rambutans |
Rambutan, alhamdulillah tahun ni juga menjadi. Nak makan pergi je pick fresh from the trees keliling rumah. macam-macam spesis ada.
Duta durian kampung-its in the gene... |
Cucu Atok naturally semua pandai makan durian. Latihan makan durian dah diberi seawal yang mungkin. Adalah WAJIB untuk terror makan durian,ok. tak tahan bau durian ?? ape barang... . ehehehehe *wink
Sarapan ... |
Maka makanan pun banyaklah berunsurkan durian. Sarapan dengan mee goreng dan roti cicah kuah durian.
Lempeng durian |
Nama komersil lempeng durian.. tapi mak i panggil tepek durian. Resepi menyusul dalam entry yang lain. Kiss suka ni. abis sekeping sekali makan. For our tea-time.
Sukun goreng |
hehehe. Tak ingat ini untuk tea time hari yang mana. Kat belakang rumah je pokok sukun ni. Berbuah sepanjang tahun. Alhamdulillah. So, sukun goreng memang selalu ada untuk minum petang. My parents cicah dengan honey.
Lunch time |
Lunch time.. Nasi beriani udang galah, Kari ikan sembilang, ikan goreng, sup sayur, and tempoyak masak.
Sebab musim durian, even nasi beriani pun kena makan dengan tempoyak. tapi ni tempoyak fresh.. so manis je. Nak resepi tempoyak masak.. refer link ni.Tempoyak Masak my mom.
Resepi nasi beriani udang galah menyusul di lain entry...cewahhh.sebenarnya, senang diri sendiri nak refer nanti bila i rindu masakan mak..
Once upon a time |
one fine day, ada jemputan kenduri di kampung halaman my mom. so, semua pergi. I lahir di kampung ni. Lubuk Merbau. Dah sampai tu, alang-alang pergila mengimbau kenangan silam..
di sungai ni lah me and my big brothers berendam dulu. dulu tak cetek. dalam. and di sungai ni lah my mom, opah and nyangs mandi juga... sumber air satu ketika dulu. nostalgia abis lah.
Bakar lemang |
Sebenarnya ni dekat rumah my moyang punya adik. memang rapatlah sebab dulu rumah my moyang sebelah ni je and kebetulan mak dibesarkan kat sini before Nyang buat rumah lain yang jauh sikit. ni tempat bakar lemang.. i ingat dulu masa kecik kat sini juga buat bahulu . Bakar pakai sabut..atas and bawah.
Tumbuk padi |
Dah selamat kena selimut. tempat tumbuk padi kan.. nostalgia abis.
i ingat lagi masa kecik dekat bawah rumah ni lah orang-orang tua berkumpul sambil kacau minyak kelapa.
mak i tunjuk.. macamnilah buat minyak kelapa. tak silap masak santan sampai keluar minyak kot. then minyak tu isik dalam botol. sorang bawak balik a few bottles.
nostalgia lagi.
sape yang over excited ni..? |
Sambut birthday Fakhry. Share sekali dengan birthday Acu dia. The december babies. Tak cukup korum ni. Lagi 3 sepupu diaorang tak balik kampung. Ala kadar sambut kat dapur. ehehehe.
Lilin 3 batng demi memenuhi hasrat 3 orang yang dah lama lepas birthday nya pun..
layannnnnn..
we miss u cake... |
lemme taste it... ok. tak suka. bye. |
terpaksa the elders yang abiskan. alasan sangat .. beli kek untuk fakhry kan.. padahal.....
kids have fun dapat main dengan cousins.. jumpa atuk and opah.
and kitaorang have fun eating...
gambar makanan mana yang sempat je snaps.. actually we ate lots more than these.. wawawawa.
masa tu dok pikir lah, takpe tahun baru skita start diet. last kick before new year..
ni dah berapa hari dah in 2014, still tak nampak tanda-tanda nak start diet. *cry
Alhamdulillah.
Wassalam.
Ya Allah sedapnyee tgk makanan..dahle ai tengah lapar ni..huhuhu..gmbr lunch time tu paling bestlah..kene pi makan ni..huhuh
ReplyDeletekann...yg tengah menaip pos ni pun lapar balik. heheheh
Deletesalam singgah.. bestnya suasana kat kampung .. tenang.. teringat nostalgia lama pulak ....:))
ReplyDelete