Monday 6 January 2014

PULAU PANGKOR GETAWAY -PART 1

lemme out from here... !!! 
Salam, 

Cerita pasal percutian pendek ke Pulau Pangkor pulak. Dalam menghabiskan saki baki 2013. Cuma 3 hari 2 malam je. tapi best.. sebab target percutian memang nak bersantai and lepak sahaja without any schedules to follow or shopping places to spend off.

Hubby did the booking.. by Agoda. He chose Teluk Dalam Beach Resort.  RM230 per night. Memang nak cari resort so, bebas ke pantai sikit.. ta payah kena cuci kaki lalu lobby. ehehehe.

Parking kereta di Parking bertingkat Lumut. RM16 untuk 2 malam.  Tiket Pergi balik ke Pulau Pangkor RM9 untuk sehala bagi dewasa. so darab lah dua untuk pergi balik. Beli sekali je masa tu .. so tiket kena simpan untuk pakai masa balik nanti. Jangan buang dalam laut, ok.

Fakhry takut gila naik feri. Tu gambar dia nangis ajak keluar. Mula-mula sampai jeti pun dia dah takut.. tapi bila dah masuk feri mula melalak ajak keluar. 
dah lama sikit baru ok.. biasalah tu..  

While waiting for the ferry
 Untuk penghuni Teluk Dalam Beach Resort, dah boleh pre-check in dekat kaunter di Jeti Lumut tu. So, terus tinggal semua luggage bags kat situ juga. They will gave us a tag, untuk beg tu. Then diaorang uruskan dari situ. senanglah kerja.. melenggang naik feri..tak perlu nak pikul beg bagai kan.. tau-tau je dah sampai depan pintu our room after we checked into the room. 

Feri pun ada feri khas.. direct to the resort jetty. So, terpaksa tunggu feri sewa khas untuk resort which was kena tunggu dalam 40mins jugalah. Tapi save bila sampai island, tak payah cari teksi sebab van resort dah tunggu. Lagi pun the resort just 5 mins away from the jetty. kekurangan, tak dapat i tengok pekan pangkor tau. 

dulu masa kecik memang selalu pergi..tapi dah lamalah... tp comfortable la untuk parents yang ada anak kecil like us, tak payah pening cari teksi..dahla penat naik feri kan. Perjalanan dengan feri dalam 20mins je.

First touch to the sands... still hates it!

Sampai, lepak and solat segala. bagi susu kat anak-anak and biscuits yang dah beli siap-siap di AEON Manjung tu. Memang beli fresh milk, biskut siap-siap sebab tau mesti malas nak kelaur mana-mana nanti. Takde transport kan.

Actually, motor and car ada je resort sediakan untuk rental. Teksi pun diaorg boleh panggil. 


Save me from the sands please...
Petang day 1, decided nak lepak tunggu sunset. Laut pun macam tenang gitu. angin sepoi-sepoi bahasa,, nak berkarya pun best. kahkahkah.
  Unfortunately, Fakhry je potong stim.. dia tunjuk perasaan la sikit, sebab dia stress lepak kat pantai tu. tak suka kaki kotorla konon...

last2 dia lepak atas riba papa dia sampai ke sudah. Macam tuan besar.. eiii.


Mandi jom ..
Right after i amik gambar ni dia jatuh tersembam. . rasanya.. ombak tu macam sedut kaki dia . Abis basah lencun. Tapi Kiss memang excited sangat.  No problem at all. 

Malam tu , just buy some ala carte dinner from hotel.tak join buffet. sebab kenyang sangat. banyak sangat makan jajan plus after sunset tu makan eskrim cornetto sorang sebatang.


Morning Walk
Day 2. 
My kids semua morning persons. So, before stuffing ourselves with the free buffet breakfast, kita jalan-jalan dululah. Sejuk je cuaca..sebab malam tu hujan lebat juga. Dahla duduk rumah papan, aircond lagi... sampai dah set temp up to 27C pun sejuk gila lagi.

View cantik je..sebab belakang tu ada bukit dengan hutan bagai. bunyi menatang macam-macam. Our room dekat area the beach, tapi ade juga rooms yang atas-atas bukit macam dalam hutan gitu.
Taknak lah .. kang ada monyet ke apa..haishhh. 



Ni room yang besar ni. Bawak family ramai-ramai , atuk opah, their cousins..sesuai lah ni. Overall memang cantik..just furniture kat dalam macam dah "worn out" sikiitlah.. wear and tear gitu.. i vote for refurbishments please.. yang lain no complaints.. just tilam pun a bit too soft for me.. ok tu je betul punya last.. oppss.





ok, i'm re-considering my decision not to friend with sands..
Lepas breakfast, terus lepak balik kat pantai.. lagipun cafe kat sebelah tu je.  Kiss nak buat her ultimate sands castle.

After a while, Fakhry pun dah surrender his mogok and decided to join us. Dia pulak yang terlebih fokus lepas tu..

Sands castle?.. blahhh, i'm making volcanoes, yearghhhh 




Her ultimate's sand castle was actually by covering her dad's tummy. hehehehe


Tak tahan nak ketawa dengan group bebudak sebelah ni. Ingat kan foreigner lah sangat. speaking kemain. Sekali bila nyanyi lagu... 

"satu-satu saya sayang ayah
dua-dua saya sayang ibu ......."

Rasanya anak expatriates kot. Macam-macam Malay versions nursery songs yang diaorang nyanyi lepas tu..

Dah lebih sejam bersidai kat pantai sun bathing eventhough kulit dah gelap.. decided untuk naik. 
Balik bilik..rehat and changed to accommodating  




THIS.
 mandi kolam lah apelagi. Semua terjun..hence no pictures..

okay sambung nanti.. the little boss dah marah sudah... bye. 

No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...