Kerana kebenaran ini
sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah
pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak
seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati,
percakapan,
ataupun
perbuatan,
itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam
biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak
rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam
harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan,
semakin ramai yang
menganggur,
jenayah dan maksiat,
berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk
semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat
akan muncul,
dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon
ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui
batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan
negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku
hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka,
aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya, Maka aku hanya
berpegang dengan taliNya,
Allahumma,
bantulah aku Ya Allah,
kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma,
sentiasalah bersama-samaku
Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma,
kerana cukup kekuatanMu
ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku.
Bismillahi
tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!
Ucapannya
seakan-akan ucapan yang pernah dilafazkan khulafa' arrasyidin ketika dilantik
memimpin ummah, penuh tawadhuk dan menyandarkan kembali kekuasaan kepada pemilik
sebenar kuasa, Allah s.w.t.. oleh Harian
Islam Dot Com
No comments:
Post a Comment