Tuesday 18 March 2014

NASI BERIANI UDANG GALAH

NASI BERIANI UDANG GALAH -PORTION KECIL

NASI BERIANI UDANG GALAH - PORTION BESAR :)
Salam semua..

Ni menu balik kampung zaman bila ni..? awal tahun haritu kot,, browse-browse.. tak share lagi. Sebelum lupa resepi..meh kita tempek sini so lain kali boleh try kott?.. 

Ye...of course mak yang masak..kami makan sajo. hohoho. 

Mak i bajet bajet 1 pot nasi atleast 5 ekor udang untuk sorang-dua orang  makan. Udang besar.. 4-5 ekor cukup. so, kalau masak 5 pot beras atleast biarlah 25-30 ekor udang. 

okay straight to the resepi.. 
main agak-agak je semua ini...

NASI BERIANI UDANG GALAH

1 peket Rempah Beriani (kecil)
5 pot beras basmathi
25-30 ekor udang galah 
Air secukupnya
Susu sejat

Bahan tumis
Bawang kecil, (hiris)
Bawang besar
Bawang putih 
Cili hijau
Halia
Kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang
Minyak sapi/butter + minyak untuk menumis
Daun pandan

Cara-caranya

Tumis semua jenis bawang dan halia dalam campuran minyak sapi/butter dan minyak sampai wangi. Masukkan kulit kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.. Biar sampai wangi.
Masukkan rempah beriani pilihan korang.. Faiza pun sedap.
Kalau suka tumis sekali dengan cili hijau yang dihiris. Tak nak pedas..abaikan.
Masukkan udang... Goreng sekejap sahaja..tak perlu sampai masak. 
Tutup Api.

Bahan tumis dimasukkan dalam periuk yang ada beras yang dah basuh siap siap ye. 
Masukkan air secukupnya ikut beras korang. Masukkan susu sejat dalam secawan. Means kurangkan air dan gantikan dengan susu sejat secawan. Tukar pakai susu full cream pun takpe.
Garam secukup rasa.

Sebelum ON periuk masukkan sekali 2 helai daun pandan yang dah disimpul.
Udang and nasi akan masak bersama-sama seia sekata.

Tunggu masak.

Sedap makan dengan kuah air asam dan sayur acar and  seumpanya lah..

okay..korang... Bye.



Ps-
 SSWKC on Sale http://farizadarwish.blogspot.com/2014/01/secret-skin-white-kawaii-collagen-azam.html
Satin Skins on Sale http://farizadarwish.blogspot.com/2014/03/satin-skinz-jawapan-kepada-permasalahan.html

No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...