Wednesday, 12 March 2014

ISU SURAH YASSIN DAN MH370 MAS

Salam..

Hmm...dah lepas pun hari ke-5 pencarian pesawat MAS MH370. Tapi still tak de tanda-tanda pun atau petunjuk tentang misteri kehilangannya. Allah sahaja yang mengetahui buat masa ini.. Dan Allah sahaja yang berhak menentukan bila masalah ini akan terungkai.. Petikan kata-kata terakhir Captain Norudin ketika interview dalam MHI TV3, berdoa lah kepada Allah.. Pujuk Rayu lah kepada-Nya.. agar dipermudah kan urusan pencarian ini.
Macam-macam komen dalam FB.. salah satu yang paling HOT Topic, isu penafsiran Surah Yassin yang dikatakan ada kena mengena dengan kehilangan pesawat MH370. Terdetik juga hati akan kebenaran fakta berkaitan yang debentangkan... tetapi terdetik juga hati, bolehkah kita sewenang-wenagnya menafsirkan ayat Al-Quran, tanpa apa-apa ilmu atau certificate lantas terus disebarkan di Internet tanpa "validation" mana-mana pakar pentafsir Al-quran yang certified kan?  Wallahu'alam.


So, jom kita baca rungkaian di sebalik penafsiran surah Yassin ni. Rupanya dapat banyak perhatian daripada Ustaz dan Pakar Agama . Baca perlahan-lahan dan jom fahami...
Sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
Antaranya, Ustaz Fathul Bari dan juga Ustaz W. Md. Hazim (Imam Masid Negeri Kuala Terengganu) serta tidak lupa juga Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut. Di bawah ini adalah antara jawapan dan respon balas serta nasihat kepada kita supaya tidak hentikan perbuatan ini dan tidak mengulangi pada masa akan datang….
Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Antara Bunyi Tafsir Surat Yaasin di Facebook, Twitter
“Peristiwa kehilangan Pesawat MH370 MAS hilang itu berlaku pada 8 Mac bersamaan surah Yaasin ada 83 ayat dalam al quran dan pada ayat 41. Yang mana penerbangan itu berlepas pada jam 12.41 pagi di mana ayat surah Yaasin itu bermaksud, “Dan suatu tanda(kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan.(ayat 41)”.
Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang VS Tafsir Surat Yaasin : Jawapan Ahli AgamaSebab & penjelasan Tafsir ayat Surah Yasin Tidak Boleh Dikaitkan Dengan Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang :
  • Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)
  • # Jawapan : Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang). 
  • Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
  • # Jawapan : Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.
  • Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
  • Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
  • Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
  • # Jawapan : Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.
  • Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut: “ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
  • # Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.


Wallahu'alam

Semoga usaha pencarian MH370 menemuai jawapan dalam masa terdekat.. 
Yang penting Berusaha, Berdoa, Bertawakal... Insya-Allah/




No comments:

Post a Comment

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...