Stress betul bila baca cerita-cerita macam ni.. Tambah bila jadi pada zaman ni, bukan zaman batu..zaman semua orang dah pergi sekolah and diberi pelajaran sedikit sebanyak agama. Tapi ada juga hati batu macam ni kan.. kalau tak minat jaga budak kenapa la kau buka taska, kalau takde belas ihsan, kasih sayang.. jangan kata buka taska untuk baby and budak kecik jaga binatang kat zoo pun toksahlaa... buat naya orang je. simpanlah modal tu untuk bisnes yang korang lebih "passionate into" kan... Walau tak kena pada anak sendiri, insya Allah, tapi terasa juga sakit hati tu.. sedikit sebanyak jadi trauma juga buat mangsa and parents. Dan, secara tak langsung tempias buruk tu terkena sedikit sebanyak kepada pemilik Taska yang amanah dan berdedikasi. hmmm.. Allah kan Maha Melihat.. Maha Mengetahui .. fikir-fikirkanlah wahai pemilik Taska.
Info dari blog http://mamayiyen.blogspot.com
CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita ambil iktibar:
Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.
Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.
Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.
Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.
Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.
Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.
Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).
Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.
Diaorang ni mesti tak payah fikir nak anta anak ke TASKA kan.. nannies keliling pinggang. silap-silap semua wajib ade Master Phd nak apply jadi nanny anak diaorang..
tetiba citer diaorang masuk... kehkeh..
bikin panas jer baca entry nie.
ReplyDeletemmg melampau betul diorg nie,
keje x ikhlas,
MEMANG... :(
Delete