Thursday, 25 September 2014

RESEPI AGLIO OLIO SEDAP ALA KILAFAIRY

AGLIO OLIO ALA KILAFAIRY
 Salam

Dah jumaat cepat kan...
Nak share resepi yang makin selalu dibuat sebab senang n sap2 soi dah siap..
Tak payah defrost apa2..hahaha
Resepi dari retiss tau.. Meletop!!
Ala masa bulan puasa tu..ada tertengok Ketuk-Ketuk Ramadhan tu..
Episod satu..ingat lagi.
Retis Jemputan Kilafiry..dia la masak ni..
Tapi masa tu i tak catit..main ingat2 dan agak2 jela..bantaii
sebab simple
claimed to be her families favourite..
so sebagai peminat tegar resepi simple..harus ku coba...



okay..bahan-bahan yang terlibat adalah....

bawang besar dalam sebiji ke dua biji-diced
2 ulas bawang putih,
cilipadi hiris halus..ikut sukala nak pedas tahap mana..lg pedas lagi umpph
daging salai..smoked beef strip.(boleh dapat kat frozen section)
dry herbs
garam
daun ketumbar  ke parsley ke apa yang ada
minyak zaitun

(bahan tu agak2 la ye..i ingat2 lupa tapi..tp memang itu je

Cara
Tumis dulu bawang besar, bawang putih dan cili padi
then, daging tu.. i dah hiris nipis.
daging tu la yang menyebabkan sedap ye n lain dari yang lain
harum je bau


Bila semua dah tumis tu..masukkan la spaghetti. haritu i guna angel hair.
tak kisah yang mana..
n daun ketumbar n dry herbs..minyak zaitun lebih pun ok..garam secukup rasa

AGLIO OLIO PEDAS TAPI NYAMAN
Dah siap... Bagi anak ta sesuai la sebab pedas..tapi agli olia tak pedas memang tak umpph



Okay..ni daging yang i guna..just hiris halus-halus.Dalam RM7 kot sebungkus
Brand ni ada Halal JAKIM.

okay...pi tray sekuali!!

Byeee!!

Saturday, 20 September 2014

SE- WEEKEND DI ANCASA ROYALE PEKAN PAHANG




Salam...

Okay cerita bulan lepas... sekarang nikan.. time frame update blog adalah cerita dua bulan lepas ialah cerita bulan ini..hahaha
bz weh.. tau nak tidur je kalau ada masa free..sebelum tu, tq ye korang yang shopping online ngan kita,
al-maklumlah..kecil-kecilan..tapi korang support juga kan.
Alhamdulillah
apa-apa yang terkurang tu minta maaf lah ye.. kot lambat reply ke apa.. tapi Insya-allah i mesti reply..just kadang-kadang ada hal ..Order macam biasa.Still ON.

okaylah..jom kita Pekan, Pahang

Kisahnya my adik ipar (adik hubby) baru dapat baby..
So..kebetulan weekend tu agak free..jomlah kita buat rombongan cik kiah ke pahang ye..
Tengok baby baru..


ni lah orangnya...penghuni baru dunia. Jenuh datang dari jauh.. jangankan nak senyum, bangun tidur pun tidak. Eksyen sangat ni..

Tengok baby mula la teringin nak baby..lepas tu bila fikir the aftermath.. ada sikit gentar disitu.
takpelah... jalan dulu.

Dah agak sejam dua catching up..dengan family biras.. haripun dah agak petang.. badan dah melengas..sebab direct dari KL kan.. so mintak diri dulu.

We checked in at Hotel Ancasa Royale Pekan Pahang.
Baca review..hotel ni baru buka last May.. baru lagi.
Canteklah..lets enjoy the new facilities.

Ancasa royale lobby

hmm... i can "goreng" this!!
 Masuk je lobi hotel.. terus nampak set "kugiran" ni..panggil apa eh..aaaa...  kantoii sangat
Very nice..some parts of the instruments are plating with golds
Cuak juga tengok kids ni pegang-pegang.. jatuh ke apa..satu hal pulak nak mengganti.
tapi takkan jatuh kot..sebab berat. made from iron.


Excited sangat ni..

the beds
 Katil ni malam..tolak bagi rapat..jadi king bed. tak rasa sempit langsung tidur..just nice. i really adore the sofa bed ke apa tu..yang kat sebelah..selesa nya.. Baca novel sambil tengok pemandangan Sungai Pahang.. mesti best. But of course lah itu semua tidak berlaku.. Novel pun takde.
Btw..rasa kami ambil blik Junior Executive Suite kot..lebih kurang.tak ingat...

The tv complete with Astro package -standard pilihan hotel channel

mama..jom mandi kolam, NOW!!
 The view from our room.. Yang tu sungai  pahang..
Kiss tak sabar dah nak mandi kolam.. i cakap, kalau nak cepat sangat, mama bawak mandi sungai.
Maybe ada crocodile.. 
terus kecut perut.. Muahahaha..
Panas lagi kot.


Surprising view from inside the wardrobe..hahaha
 Bukan pintu lemari.. noticed pintu dalam boleh sliding.. View bath tub..
okla.. elok je petang tu bebudak mandi i monitor from atas katil je.


In love with the mini ice box.. cute sangat..

view from the other side
 Just what parents need kalau bawa kids pi hotel ialah.. swimming pool and kids play ground. okay petang aktiviti kat bawah ni jelah nampaknya... Very nice..all clean and yang penting Functional!!

Her BFF find their own spot..bedside table.

Murtabak Makasar Pekan

i miss u Sata

Sebelum check in hotel dah tapau siap-siap the famous Murtabak Makasar, Pekan ni.. Besar gila..kenyang gila makan sampai simpan bawak balik KL.. Hubby beli 3 keping kot. Tamak tu..
Sekeping pun mengah kami berdua yang kuat makan ni makan..ini kan tiga,, tapi memang terbaek sangat murtabak ni.. daging seketul-seketul..

Sata ni adik ipar yang tapaukan.. pon terbaek..pon sampai bawak balik kl esoknya sebab tak termakan. Seb baik ada peti ais comel..


Dah kenyang... makan terjun lah mereka ke kolam renang yang best. takde orag pulak tu ..sebab bukan time cuti sekolah. Boring juga..
kalau ramai-ramai meriah sikit..
But if terlampau padat pun spoil juga..eh..buat kolam sendirilah. banyak sangat syaratnya!
ahakss.


Senja view tapi semua tak reti nak keluar kolam lagi..

Lepas tu sambung mandi tub lagi sejam.. dan akibatnya kesejukan melampau

Spaghetti Carbonara -for kids
Dek kerana Murtabak n Sata terlampau banyak lagi.. badan dah penat ..rasa nak rehat je.. we all tak keluar makan malam.untuk kids just order their favourite food, Spaghetti Carbonara. luckily its one of the roomservice menu.. Suap diaorg makn sambil layan Disney channel..

Lepas tu aktiviti zzzz ... tapi lambat tau diaorg tidur..lepas satu-satu cerita nak layan. Almaklumlah..kat rumah tu pakai Hypp TV..so channel cartoons pun lainlah dengan Asto..tu yang sedikit excited disitu.

DAY 2

Free Breakfast!!

Mine!
 Haritu feeling mat salleh...so lets makan roti n croissant okay. Btw..puding roti situ sedap sangat.. tapi sebab kenyang Murtabak semalam tak abis..gila aa Muratabak Makasar ni..too filling.. sepinggan ni pun i tak boleh makan...share2 je ngan hubby. First time no 2nd round for me on the free breakfast..kah kah
Rindunya kat bread pudding itu..balik rumah i pon buat bread pudding tabur almond flakes juga..sedap pulak ada rangu-rangup kat atas puding yang lembut.

Her Breakfast
 Dia pun like her mother la..Feeling mat salleh sangat. Tapi Kiss memang ..tekak dia pagi-pagi memang roti, cereals, pancakes and sewaktu dengannya. Dia tak suka nasi2 di waktu pagi..mee or bihun..or nasi lemak.. senang jaga dia ni.pagi bagi roti jee.. sap sap soi je.

His breakfast
 Papa of course ambil nasi lemak n rendang.. ohh..his steam dumplings tu i kidnap satu.  Tapi dia cakap so-so je.. dah agak dah.. Sebab hotel ni mana boleh masak over pedas ke apa.. semua moderate ..nak cater banyak tekak.. kang extreme sangat..ada guest tak biasa cherry berry..jenuh menjawab..  thats why i malas makan nasi lemak hotel.. gitulah..no kick lah

Dia ni macam biasa...main je..Beriya kami cari tempat yang terlindung dari swim pool ..so takde cubaan terjun kolam masa breakfast..and he can eat with behave n good manners konon.
tapi tak ye... makan ape pun tak..rasa sikit2.. then main!!
Makan memang tersedak je dengan dia ni..
Tapi tu lah yang meriah kan.. so far i tak jemu n never wish dia cepat2 besar lagi.. so i boleh rest ke apa..
Tak pernah puas layan Fakhry nakal..
even setiap kali tinggalkan tempat makan terpaksa tingalkan tips few RM dek betapa terbarainya tempat makan tu.. n lots of muka minta maaf kepada waitresses..
Tak serikkk ok!!



Lepas breakfast tu ..bawa kids main playground.. jalan-jalan sikit ambil gambar tepi sungai then naik atas tukar baju.. swimmimg for last round before checking out...

Muka taknak balik masing-masing
Okay tu je.. Hotel ni memang sangat ok..5 star but if bukan peak time harga amatlah reasoanable sebab Pekan ni tak ramai datang.. so agak lengang hotel ni. Price pun diskaun lah. Staff sangat mesra.. and ada datang ketuk pintu n all tanya if anything they can help..
Just sunyi sikit sebab tak ramai orang masa tu...

Balik tu ..tak masuk highway lagi kids dah tertidur all the way till sampai KL.
Sinngah beli keropok je.. tu pun i yang turun.
Lunch pun kat KL je.. 
Dalam 2 jam je kot driving..

okay till then..

Hopefully..janganlaa bulan depan i up next entry.. really miss the blog
n i ada few cooking projects yang i nak sangat share resepinya.
Wahhh..

okayy baii.


Wednesday, 17 September 2014

PROMOSI TERBARU SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN FREE TABLET KAWAII + KINI 70 sachets per pack!

EXTRA FREE FACE MASKS OR IBU PUTIH (DEPENDS STOK..PM DULU)

Salam...

Korang...and especially to all my beloved customersss...

Sekarang setiap pembelian Kawai collagen korang akan dapat FREE 1 botol tablet mengandung 30 biji tablet kawaii collagen dan juga FREE 1 tub Krim Malam SSWkc

Okay..Tabblet ni fungsi dan Ingredients sama je dengan serbuk..Just serbuk seperti yang sedia maklum adalah produk asal..dan digalakkan sebab serbuk lebih mudah di serap badan sama ada secara kemam or dalam bentuk cairan..(bancuh n minum)

Tablet ni memberikan kesan yang sama dengan serbuk..just tablet ni korang bolehla guna sekiranya nak travel ke apa kan.. Tak payahla nak usung 1 jar gitu... Praktikal tak? Best kan...

Tablet ni dijual sebotol 60 biji RM95...tapi sempena PROMOSI sekarang korang akan dapat Free untuk setiap pembelian Kawaii collagen serbuk.. 30 biji sekaligus..worth RM50..berbaloiiii sangat ni.

Krim Malam pula untuk pencerahan kulit muka dan menghalang dan menyembuh masalah jerawat.  Pakai malam sebelum tidur sahaja.


Setiap pembelian dapat satu.. Kira kalau korang beli 3 jar Kawaii Collagen maka dapat 3 botol tablet (total 90 biji ooo) dan 3 botol Krim tu

and satu lagi korang akan dapat peel off mask formulasi shiseido.
sapu tipis ke muka..bila dah kering peel off pelan-pelan.
makanya all bleck n white heads akan tertarik keluar sekali.
kulit pon licin n bersih.

Dan LAGIIIII...
Pasaran jual RM170 untuk set ini.. Bila dah campur serbuk+tablet penggunaan MAKSIMUM boleh capai 90 hari..Jimat kan.

Harga saya RM145 termasuk Pos LajuSemenanjung ..okay...
Sabah sarawak add RM10 sahaja untuk Pos laju..

Beli lebih..diskaun lebih..

pm/wassap Fiza-0196428422

okay.... Mekaseyyyyyy..

Nak tahu kelebihan Secret skin white kawaii boleh.KLIK SINI YE!! Entry terdahulu

Nak baca TESTIMONI awesome from my own kesayangan customers..
KLIK SINI PULA...

TERBARU!! TESTIMONI SSWKC PART 2..KLIK SINI

Wassalam

ps- pm dulu...ta

Posh Me Up

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...