Salam semua..
Ni kisah masa cuti CNY bulan lepas.. alang-alang hubby cuti seminggu, and dah balik kampong tu, kami direct terus ke Pulau Pinang. Tak jauh mana pun dari our hometown, Kuala Kangsar.
Nasib sempat booking a month earlier hotel ni.. sebab mostly hotel di Batu Ferringhi memang semua awal-awal dah fully booked. Public holidays kann.
|
HYDRO HOTEL PENANG |
Sampai awal... sempat pergi lunch area Batu Ferringhi and singgah mall lagi. Bila nak check in dalam pukul 2.50pm, bilik still wasn't ready yet.Maybe sebab , kami check in hari Ahad. I guess the hotel must be full the night before.We were told to wait at the lobby sampai 3.30 pm. Nasib lobby sangat luas n quite selesa with very nice beach view. Fakhry, amik peluang berlari non stop, while Kiss sampai nak terlelap dek tiupan angin pantai sepoi-sepoi bahasa. ceh, bahasa...
Yeay..nearly 3.30 pm bilik yang supposed we all booking still not ready yet. Luckily, sebelum nak marah they upgraded us to bigger room. hehe. Untunglah.. bilik untuk 3 adults.
Bilik ok.. bilik air ada bath tub and takde apa yang rosak, all functioning properly.. Fakhry, sampai dia terus tertidur.. so, basically, the rest of us bertapa dalam bilik till afternoon menunggu tuan putera bangun.
The large balcony..
Petang tu tak kemana-mana. Just ke Miami beach depan hotel. I tak tahu kenapalah nak nama kan pantai ni kepada Miami Beach.. macam takde nama local.
Dek kerana a month before ada pergi Pangkor, he no longer afraid of sands. Naturally, dia terus nak main pasir macam kat Pangkor dulu. Takde geli-geli dah langsung.. sambil makan eskrim lagi.
Bila disuruh posing dekat sikit dengan air she said .. "No, I don't wanna mess up my dress". Sayang sangat gown dia..
Back to the hotel, Kiss terus terjun kolam dengan papa. While Fakhry and me jalan-jalan around the hotel compound. Saje tanak bagi Fakhry mandi.. dia baru je baik demam. Nasib jumpa kolam ikan, Terleka la si intan payung ni.
Berderau darah sekejap..ingatkan dia nak melompat ke dalam.. pheww
Then, malam je keluar dinner kejap.. makan Thai food. Tak boleh amik gambar. Both our Hp fully occupied by the kids layan Youtube cerita masin-masing.
Her Breakfast share-share dengan adik.
Omelet, Pasta baked with cream sauce, chicken sausages and cereals. Tea and Iced milo. Jadilaa.. suap Fakhry sikit-sikit..
Then naik atas mandi ..keluar berjalan. Still tak keluar dari Feringhi pun..
Ni dekat kawasan tadahan air. Memang cantiklah view..besar sangat. I tak keluar pun, Fakhry dah tertidur dalam kereta even perjalanan dari hotel kesini just less than 15 mins. Penat la tu lari-lari lagi masa breakfast.
Penang Butterfly Farm.
Kena beli tiket masuk sini.. Tak ingat lah harga berapa. Tapi kalau present Mykad and MyKid tu..murahlah sikit. RM18 kot untuk dewasa..
Macam nak try rassa je pineapple untuk butterflies tu. Mulut dia non-stop cakap flies,flies..
Kiss selalu nak bela her own pet. Kadang sampai merengek-rengek. Kejap nak kucing, then hamster, then goldfish, rabbits.... . I memang tersangatlah tak berkenan ada pet ni.
So I cakap kat dia, kalau nak pet sangat I only allows her to have iguana.
Guess what? Of course lah dia cancel nia nak ada pet.. hahaha
Mesti mau bijak bila dah jadi mak orang ni.. ngeh ngeh.
Disini juga ada banyak kolam ikan.. bukan butterflies sahaja ye.
Ada juga dalam sangkar la, snakes, exotic frogs, kala jengking, ducks and few other animals..
Memang, both of them enjoys kat sini..
From caterpillar to butterflies..
Next, ke Taman Rimba Penang, kot. sebab I tak ingat nama..But just few metres away je dari Butterfly Farm.
Even dah nearly tengahari, tapi redup and sejuk je dalam ni sebab hutan kan.. Ada sungai lagi. Ada few families yang berkelah and mandi manda.. Nasib diaorang tak mintak mandi. Sebab dah celup tangan, and rasa the freezing water kot.. tau takut.
Ada play area.. harus diaorang merempan nak cuba. Bagilaa chance..
His first time, dapat permission naik this swirly slide. Kemain suka.. I risau je.
Budak ni tak macam baru baik demam.. Berapa round dia layan this slide.
Dalam ni ada juga Muzium hutan. Masuk adults kena bayar RM1 sorang..
I masuk sebab nak aircond..oppss
Patut plan lepas tu nak pergi TOY Museum. dekat-dekat situ juga..Tapi masuk je dalam kereta, Fakhry terus terlelap. Yelah, what u expect, tenaga budak 2 years old. Dah berjalan dalam Butterfly Farm, masuk hutan, playground lagi.. so decided balik hotel je.. Kiss je yang teringin sangat ke Toy Museum ni, Ingat nak pergi the next day or petang tu..tapi tak sempat dah.
Tapau untuk lunch ..sebab sikecik tu dah lena sangat. sianlah. Semestinya, Penang Nasi Kandar.
Hubby beli, while I waited in the car. Dia pilih ayam madu..kuah taruk atas, layan..
Fakhry elok je sambung tidur kat hotel tau.. Then petang, bila dia bangun bagi makan semua we went to Batu Feringgi beach. Main pasir while waiting for the sunset.
The sunset... finally.
Ni before the sunset .. dah tunggang terbalik dah gambar ni. Bantaiiii
Pastu straight to the most popular, every night pun ada.. the Batu Feringhi Night Market. Still haven't changed since my last visit like 8-10 years ago. Just dah makin compact and sesak je.
Penuh barang tiruan.. Ala-ala Petaling Street KL.
Balik..tido. Mata dah ngantuk tu .
Day 2 kids breakfast..
Mini Pancakes with Strawberry jams, croissants and Mushrooms Stew. Tapi I cakap kat Kiss Mushroom Soups, so terus dia makan banyak cicah croissants tu.
Ada je nasi goreng semua tu.. tapi she prefers this. Roti bakar pun dia suka..tapi I je malas nak pi menunggu depan toaster tu. Fakhry makan semua sikit-sikit plus cereals lagi.
Our kinda of breakfast.. Healthy sangat. Mee Goreng dengan Ayam Masak Merah. Ehehehe
Breakfast choice memang banyak.. sebab musim cuti kot, tapi taste wise, biasa-biasa je in terms of Malay cuisines la..
Then terjun pool.. Dah Day 3 kat sini, kasi chance la Fakhry mandi kolam. Dah Nampak sihat sangat tu.
Dapat kawan amoi cina yang rajin melayan dia..
Lepas mandi kolam sambung, mandi bath tub dalam bilik. Tu aktiviti wajib setiap kali mandi..berendam dalam bath tub.Letak buble banyak-banyak.
Fakhry sempat nap lagi before checking out 12pm.
After pekena another round of nasi kandar..singgah kejap di Gurney Drive. I used to jog along here every weekend with my housemates selepas subuh..sambil tengok matahari terbit. Dulu tempat ni tak bz sangat.. btw, my first job adalah di Penang. so, banyak sangat nostalgia manis in this island.
Used to sit here too... hirup udara segar waktu pagi, sambil tgk ombak rindu..
Balik naik feri. Sebab pergi haritu lalu jambatan. Their first time, of course lah sangat-sangat teruja.
I ada gambar atas feri ni about Kiss's age, wearing T-shirt Butterfly farm. I guess, the story repeats with the same character but with different role. Me as a kid and now I pulak bawak anak macam my parents dulu. Time flies.
Owh.. kebetulan dapat naik tingkat 2 feri. so, of course terkenang masa zaman I kerja sini. Once a month balik kampong, naik bas ke jeti. Penumpang biasa tanpa kereta memanglah naik tingkat 2 feri. So, bila feri gerak I akan berdiri sorang-sorang tengok laut, tengok view sambil pikir layan perasaan. masa tu boifren pun takde lagi.. Best..!! No komitmen... Dah sampai seberang, amik bas ke Kamunting, then terus naik bas lompat ke Kuala.
Datang senget I, malas naik feri.. from Komtar I ambil bas direct to Ipoh. Sebab manalah ada bas ke Kuala kan.. Then, agak dah dekat nak sampai susur keluar Kuala kangsar, gigih I suruh abang bus driver tu turunkan kat tengah-tengah highway. Boleh I jalan kaki sampai tol. Dekat tol parents dah tunggu. Sepanjang jalan, kereta hon ada juga nak bagi tumpang.. buat dek je. Memang pelik anak dara cantik jelita jalan sorang-sorang heret beg atas highway.
Tapi dah jenis selamba. Masa tu takdela pulak takut kena culik ke apa..
Sampai tol, parents dah tunggu.. nasib zaman tu dah pakai hp sendiri. Nokia 3310 ..kesayangan sangat.
Caner boleh terpanjang cerita ni..???
Bye-bye Penang. Nanti jumpa lagi..
Kitaorang memang suka bercuti santai-santai macam ni..no packed schedule, ada time kids nap..and no shopping2.. just relax.
Bye..